ISA tidak perlu untuk hadapi pembangkang - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 8 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedia menghadapi pembangkang semasa pilihan raya dan tidak perlu menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai alat politik untuk berdepan dengan mereka, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata akta tersebut tidak perlu digunakan untuk menahan ahli-ahli politik pembangkang semata-mata kononnya Barisan Nasional takut terhadap mereka.

Menurutnya ISA hanya digunakan terhadap orang-orang yang boleh mengancam ketenteraman rakyat dan keselamatan negara.

"Kalau tidak mempunyai akta tersebut, insiden-insiden pengeboman seperti yang berlaku di (hotel) JW Marriot and Ritz Carlton di Jakarta bulan lepas dan di Mumbai, India tahun lalu mungkin boleh berlaku di negara kita.

"Kita tidak perlu menggunakan ISA untuk tahan orang politik. Kita bukan takut, kita akan berdepan dengan mereka masa pilihan raya. Itulah ubatnya, bukan menahan mereka menggunakan ISA," katanya pada majlis Jalinan Rakyat anjuran Wanita Barisan Nasional di sini, Jumaat.

Najib berkata kerajaan telah berjanji untuk mengkaji semula ISA, dan oleh itu, tiada gunanya pembangkang membawa isu itu ke jalanan.

"Mengapa mereka perlu buat demonstrasi. Saya dah cakap ISA akan dikaji, jadi tunggu dulu. Selepas saya menjadi perdana menteri, pada hari pertama pun saya telah membebaskan 13 tahanan ISA," katanya.

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita, Najib berkata beliau tidak dapat mengesahkan laporan sama ada ketua Liberation Tigers of Tamil Elam (LTTE) yang baru Selvarasa Pathmanathan berada di negara ini.

"Saya tidak dapat sahkan. Saya tidak mempunyai faktanya," katanya ketika ditanya mengenai laporan agensi berita asing yang menyebut Pathmanathan yang dalam buruan kerajaan Sri Lanka telah ditahan di negara ini.

Bagaimanapun Najib berkata beliau akan memeriksa perkara itu dengan pihak berkuasa. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan