Rais: Kerajaan akan tapis kandungan internet berkaitan pornografi

Diterbitkan: Jumaat, 7 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Kementerian Penerangan hari ini menjelaskan rancangan untuk menapis kandungan internet hanya melibatkan perkara yang berkaitan dengan pornografi sebaliknya tiada sekatan baru akan dikenakan ke atas penulis blog.

Menurut Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, kerajaan akan berikthiar untuk mencari jalan supaya kandungan pornografi dalam internet dapat ditapis untuk menjamin keselamatan kanak-kanak.

"Pihak yang mengaku mereka adalah liberal harus melihat negara yang tidak ada tapisan internet di mana jenayah seksual kanak-kanak disitu semakin berleluasa.

"Keselamatan kanak-kanak adalah tanggungjawab semua. Oleh itu kerajaan akan terus mencari jalan untuk membendung masalah ini," katanya dalam satu sidang media di Bangunan Sultan Abdul Samad.

Tegasnya, pihak Kementerian akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk sama-sama mencari jalan mengatasi masalah itu.

Dalam pada itu, Rais menjelaskan tidak ada tapisan akan dikenakan terhadap kandungan blog sebaliknya undang-undang sedia ada akan terus dikuatkuasakan.

"Tidak ada tapisan dan tiada undang-undang baru akan digunakan terhadap kandungan blog.

"Tetapi undang-undang sedia ada contohnya seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan diteruskan dan kalau mereka (penulis blog) melanggar undang-undang ini maka jawablah sendiri di Mahkamah," ujar beliau lagi.

Sebelum ini laporan Reuters menyatakan Kerajaan Malaysia sedang mempertimbangkan untuk menapis kandungan internet seperti yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan China dalam projek 'Green Dam'.

Rais sebelum ini ada menyatakan langkah akan diambil untuk 'menyekat kandungan yang tidak baik' dalam internet.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan