PM: Kandungan internet tidak akan ditapis

Diterbitkan: Jumaat, 7 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan menapis internet memandangkan tindakan sedemikian adalah tidak efektif dalam dunia tanpa sempadan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Malah kata beliau, tindakan sedemikian juga akan mencetuskan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat.

Najib mengulas laporan bahawa Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan telah mengumumkan tender bagi mendapatkan sistem penapisan internet.

"Sehingga kini tiada perubahan dalam dasar internet kerajaan," katanya.

Bagaimanapun kata beliau, perkara itu masih dalam perbincangan.

Rais mengakui beliau telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar mencari jalan bagi menangani masalah penyebaran bahan lucah di internet.

"Apa cara pun kami akan ikhtiarkan supaya Malaysia bebas daripada budaya pornografi kalangan kanak-kanak.

"Keselamatan anak-anak kita bukan mainan Internet, moral keselamatan anak-anak kita di tangan kita, dan saya usulkan supaya pihakpihak yang menamakan diri mereka liberal ini melihat negaranegara yang sudah menjadi mangsa di mana seksual kanak-kanak berlaku," katanya.

Rais juga mengesahkan SKMM dan badan-badan lain yang bertanggungjawab ke atas dasar siber Malaysia telah diminta melihat kemungkinan melaksanakan sistem tersebut.

Bagaimanapun beliau enggan menjawab soalan berkaitan dengan proses tender.

"Kita mesti melihat untuk menghentikan keadaan ini. Kerajaan sedang mengkaji cara-cara untuk menangani masalah ini," katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan