PM arah menteri selalu lawat Sarawak

Diterbitkan: Jumaat, 7 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PERTH: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan menteri-menteri Kabinet persekutuan agar kerap melawat Sarawak bagi melihat sendiri apa yang perlu dibuat untuk membantu penduduk di negeri itu terutama dalam bidang pendidikan dan ekonomi.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Najib membuat arahan itu agar menteri-menteri Barisan Nasional (BN) menyedari bahawa Pakatan Pembangkang sedang memberikan tumpuan di Sarawak, lebih-lebih lagi kerana pilihan raya Dewan Undangan Negeri akan datang.

"Perdana Menteri dah beritahu pada (menteri) Kabinet elok menteri-menteri turun selalu ke Sarawak melihat apa yang perlu kita buat membantu rakyat Sarawak," katanya yang juga Menteri Pelajaran kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan kerja lima hari beliau ke Perth, Australia.

"Kita tahu mereka beri tumpuan ke Sarawak dan cuba bawa propaganda mereka ke Sarawak.

"Saya yakin pimpinan Sarawak pun sedar dan mereka menjalankan kerja-kerja yang sepatutnya untuk terus membangunkan Sarawak dan mewujudkan kerjasama dan perpaduan erat dan di samping itu peranan pimpinan pusat membantu Sarawak perlu ditingkatkan," katanya.

Ditanya keyakinan BN untuk mendapat mandat memerintah pada pilihan raya umum akan datang, Timbalan Pengerusi BN itu berkata, gabungan itu perlu bekerja lebih keras memandangkan cabaran yang menanti.

"Kita perlu bekerja keras... 10 kali lebih keras daripada masa lepas kerana kita tahu cabaran kita banyak dan keadaan kita agak kritikal," katanya.

Muhyiddin berkata, usaha-usaha yang sudah digembeleng seperti mewujudkan barisan kepimpinan yang mantap, pengukuhan parti, inisiatif dan dasar yang lebih mesra rakyat mampu mengubah persepsi orang Melayu dan bukan Melayu terhadap Umno dan BN, tetapi ini semua perlu terus diperkukuhkan.

Katanya, beliau berpendapat ada peningkatan sokongan rakyat kepada kerajaan BN berikutan langkah dan dasar yang dilaksanakan oleh Najib seperti 1Malaysia dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI), namun terdapat keperluan membantu kelompok-kelompok yang masih tertinggal dari arus kemajuan termasuk orang Melayu.

"Orang Melayu masih belum maju. Kita sedar perkara itu. Walaupun tak sebut Dasar Ekonomi Baru selalu tak bermakna (kita) abaikan. Ada pihak pembangkang sekarang ini kata tidak ada lagi komponen ekonomi Melayu. Ini tak betul," katanya.

"Komitmen kita seperti yang ada dalam perlembagaan...dasar kerajaan itu masih kekal. Malah kita nak pertingkatkan lagi. Cuma cara pendekatan mungkin berbeza sedikit," tambahnya.

Beliau menegaskan komitmen dan tanggungjawab kerajaan terhadap orang Melayu dan kaum lain tidak berubah.

"Ada pihak putarbelitkan seolah-olah kita sudah lepas tanggungjawab...tidak memberikan perhatian utama pada kelompok besar (sebaliknya) hanya memberi perhatian pada kelompok tertentu untuk meraih sokongan pengundi dalam pilihan raya. Itu tak betul sebenarnya," kata Timbalan Presiden Umno itu.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, beliau berasa bangga apabila Najib menyifatkan gandingannya dengan timbalannya itu sebagai gandingan yang serasi.

Muhyiddin berkata apa yang penting adalah beliau memahami gagasan dan visi Najib dan dalam tempoh beberapa bulan ini beliau bukan sahaja membantu Najib tetapi juga merealisasikan banyak perkara yang disarankan oleh Perdana Menteri.

Katanya kedua-kedua mereka dari awal sehingga sekarang dapat menunjukkan satu bentuk kerjasama yang cukup rapat, berkesan dan saling faham memahami.

"Dalam soal ini saya rasa berbanggalah kerana Perdana Menteri dan Presiden (Umno) kata dia serasi. Saya pun tidak rasa janggal bekerja dengan beliau. Ini memudahkan kerja-kerja yang begitu banyak dalam menguruskan negara," katanya.

Baru-baru ini, Perdana Menteri menyatakan gandingan beliau dengan timbalannya itu serasi ketika merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pagoh yang Muhyiddin adalah ketuanya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan