Minat selami keunikan budaya, Faizah kuasai Pengajian Cina di UTAR

Diterbitkan: Jumaat, 7 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERJAYA...Noor Faizah Jaafar Sidek (tiga kiri) memeluk ibunya Rahimah Lau Abdullah selepas menerima skrol pada Majlis Konvokesyen Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di Kuala Lumpur, hari ini. Turut hadir adalah bapanya, Jaafar Sidik Salleh (paling kanan) dan adik lelakinya, Mohd Hermi (kiri).
BERJAYA...Noor Faizah Jaafar Sidek (tiga kiri) memeluk ibunya Rahimah Lau Abdullah selepas menerima skrol pada Majlis Konvokesyen Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di Kuala Lumpur, hari ini. Turut hadir adalah bapanya, Jaafar Sidik Salleh (paling kanan) dan adik lelakinya, Mohd Hermi (kiri).

KUALA LUMPUR: Kepelbagaian dan keunikan budaya dalam suku kaum Cina menarik minat Noor Faizah Jaafar Sidik, 23, untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kaum dan bahasa Mandarin.

Selepas menamatkan pengajiannya dalam Tingkatan Enam di Kuala Terengganu, Noor Faizah melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengajian Cina di Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di sini.

"Saya suka masyarakat Cina. Mereka sangat indah dan unik yang dapat dilihat melalui budaya, adat resam dan semangat mereka.

"Apa yang menjadikan ia lebih menarik adalah kepelbagaian suku kaum yang mempunyai dialek dan adat resam masing-masing," katanya.

Noor Faizah berkata, ibunya, Rahimah Lau Abdullah yang berketurunan Cina menghantar beliau ke sekolah rendah aliran Cina kerana berpendapat mempelajari banyak bahasa akan memberi kelebihan dan membantunya di masa hadapan.

Sememangnya sukar bagi Noor Faizah yang masih kecil untuk mempelajari bahasa itu memandangkan keluarganya hanya berkomunikasi dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.

"Untuk tiga bulan pertama, dia hanya berdiam diri dan tidak bercakap sepatah pun di dalam kelas," kata Rahimah yang bertemu dengan guru kelas Noor Faizah bagi mengetahui pencapaian anaknya itu.

Selepas mengetahui perkara itu, Rahimah berasa sangat bimbang dan mengambil keputusan untuk membimbing anaknya.

"Saya mula bercakap dengannya dalam bahasa Mandarin dan membantunya membuat kerja rumah menggunakan pengetahuan saya yang terhad dan sudah lama dalam bahasa Cina," kata suri rumah berusia 59 tahun itu yang hanya mempelajari bahasa Cina di sekolah rendah.

Rahimah berkata, beliau berasa lega apabila anaknya semakin maju dan boleh berkomunikasi dalam bahasa Mandarin ketika berada dalam Darjah Tiga.

"Saya gembira melihat beliau melakukannya dengan baik," katanya selepas menghadiri Majlis Konvokesyen UTAR Ke-9 di Wisma MCA di sini.

Noor Faizah menerima skrol daripada Setiausaha Agung MCA, Datuk Wong Foon Meng hari ini.

Rahimah berkata, beliau dan suami mengambil keputusan yang tepat apabila menghantar kedua-dua anak mereka mengikuti pengajian dalam aliran Cina.

Noor Faizah yang bercita-cita ingin menjadi penterjemah juga mempelajari bahasa Jepun ketika menyambung penyelidikannya dalam Pengajian Cina.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat telah menasihatkan semua graduan supaya mendokong kepercayaan dan nilai-nilai yang diajar oleh ibu bapa.

"Jadikan nilai-nilai asas sebagai ajaran dalam hidup anda. Selagi anda mengutamakan nilai-nilai yang baik, anda akan dihormati dan ia akan membuka banyak peluang untuk anda di pelbagai sudut," kata beliau dalam ucapannya yang dibaca oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Hou Kok Chung.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan