Isu arak: Tidak diharam terus, amal kawalan kendiri, kata MB Selangor

Diterbitkan: Jumaat, 7 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pengedar dan penjual minuman keras terutamanya kedai serbaneka di Selangor perlu menggunakan mekanisme sistem kawalan kendiri bagi mengelakkan suasana tidak senang di kawasan yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Bagaimanapun sebagai permulaan, ia hanya akan dilaksanakan di Shah Alam, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Dalam tempoh satu bulan kita akan keluarkan garis panduan yang akan diguna pakai di seluruh negeri Selangor dan ia akan diumumkan kemudian," kata beliau selepas mengadakan mesyuarat tertutup dengan pengedar dan penjual arak di kawasan Shah Alam, di Bangunan Sutlan Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Antara mereka yang hadiri mesyuarat hari ini ialah Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md Noor; Ketua Pegawai Eksekutif KK Supermart and Superstore Sdn Bhd, Datuk Dr Douglas KK Chai dan wakil kedai rangkaian 7 Eleven.

Menurut Khalid, Selangor tidak akan mengharamkan terus penjualan arak kerana mekanisme tersebut hanya akan dilaksanakan di kawasan majoriti penduduk beragama Islam. "Kita memberi mereka (kedai serbaneka) tempoh masa satu bulan untuk melaksanakan sistem kawalan sendiri di tempat-tempat yang dirasakan tidak perlu menjual minuman keras.

"Dalam masa yang sama, penjual juga tidak boleh mempamerkan minuman keras tersebut di rak kedai tersebut," katanya.

Jelasnya, perkara tersebut akan dapat mengurangkan masalah sosial dan golongan yang tidak sepatutnya membeli minuman keras di negeri itu.

Khalid berkata, sehingga kini kerajaan negeri mendapat kerjasama daripada kedai rangkaian 7Eleven dengan 10 cawangan telah menjalankan sistem kawalan kendiri.

"Oleh itu, kerajaan negeri berpendapat lebih baik kaedah itu digunakan menggunakan konsep (sistem kawalan sendiri) tersebut," katanya.

"Selepas ini penjual-penjual akan faham bahawa tiada penjualan minuman keras kepada pihak yang tidak sepatutnya. Jadi tidak perlu kita ada banyak undang-undang dalam mengatasi masalah (penjualan minuman keras) ini," katanya.

Menurut Khalid, perkara tersebut jelas menunjukkan kerajaan negeri mengambil pendekatan yang terbaik dalam menangani masalah penjualan minuman keras di negeri ini.

"Ini bermakna kita (kerajaan negeri) membangun bersama... kita menghormati pihak penjual dan dalam masa yang sama menghormati sensitiviti masyarakat pelbagai kaum di Selangor secara keseluruhan," katanya.

Ketika ditanya mengenai draf yang dicadangkan oleh PAS Selangor untuk mengharamkan penjualan arak di negeri itu, Khaled berkata: "Ia tidak perlu dilaksanakan."

"Kita hanya perlu belajar untuk melaksanakan kawalan kendiri ini terlebih dahulu. Kita perlu mengambil kira sensitiviti banyak pihak dalam hal ini.

"Kita hendak Selangor menjadi sesuah negeri yang mudah didekati oleh pelabur dan dalam masa yang kita menghormati keperluan pihak-pihak lain," katanya.

Jelas beliau, mengharamkan penjualan arak secara terus tidak akan dapat menyelesaikan masalah sosial.

"Saya lihat kaedah kawalan kendiri ini adalah yang terbaik untuk digunakan dan adil kepada semua pihak," katanya.

Selasa lalu, PAS Selangor telah mengemukakan draf mengenai isu penjualan arak di Selangor dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.

Pesuruhjayanya, Datuk Dr Hassan Ali yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor berkata, PAS Selangor akan mendesak kerajaan negeri supaya serius membanteras penjualan arak di kawasan masyarakat yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Katanya, kerajaan negeri perlu segera mengeluarkan garis panduan yang seragam bersesuaian dengan Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 untuk diguna pakai di seluruh negeri supaya kontroversi berkaitan isu arak tidak berulang sehingga meresahkan masyarakat Islam.

Dalam pada itu ketika ditanya mengenai desakan PAS Selangor mengenai kedudukan Ronnie Liu sebagai Exco Kerajaan Negeri, Khalid berkata: "Dia (Ronnie) bukan isunya. Kita mahu menyelesaikan isu penjualan arak ini dahulu."

BERITA TERDAHULU

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, setiap pengedar arak di negeri itu perlu menjalankan mekanisme sistem kawalan kendiri bagi penjualan arak.

Bagaimanapun sebagai permulaan, ia hanya akan dilaksanakan di Shah Alam dalam tempoh sebulan.

Menurut Khalid, Selangor tidak akan mengharamkan terus penjualan arak kerana mekanisme tersebut hanya akan dilaksanakan di kawasan majoriti penduduk beragama Islam.

BERITA TERDAHULU

Isu arak: MB jumpa pengedar, penjual hari ini

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sedang mempengerusikan mesyuarat bagi menyelesaikan isu penjualan arak di Selangor.

Sumber Pejabat Menteri Besar memberitahu mStar Online bahawa Khalid sedang bermesyuarat dengan penjual dan pengedar-pengedar arak di Selangor berhubung isu penjualan arak di negeri itu.

Sementara itu, setiausaha akhbar Khalid, Arfae'zah Abd Aziz berkata, Khalid tidak akan membuat sidang media berhubung hasil mesyuarat itu sebaliknya hanya akan mengeluarkan kenyataan akhbar pada pukul 3 petang ini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan