Inkues Teoh: Lokasi kejadian dilawat hari ini - Berita Semasa | mStar

Inkues Teoh: Lokasi kejadian dilawat hari ini

Diterbitkan: Jumaat, 7 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Inkues kematian setiausaha politik kepada seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock ditangguhkan hingga Isnin selepas tiga lagi saksi selesai memberi keterangan pada hari ketiga prosiding semalam.

Bagaimanapun Koroner Azmil Mustapha Abas memberi kebenaran kepada permohonan peguam yang mewakili keluarga Teoh, Gobind Singh Deo untuk mengadakan lawatan bagi meninjau kawasan tempat kejadian untuk mendapatkan gambaran jelas, hari ini.

Gobind ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu bahawa koroner akan turut menyertai lawatan tersebut serta dua orang wakil peguam dari setiap pihak juga akan turut serta.

"Esok koroner setuju untuk adakan lawatan bagi mendapatkan gambaran jelas tentang tempat kejadian.

"Bagaimanapun masa belum ditetapkan kerana pihak polis perlu membuat persediaan, kita akan dimaklumkan kemudian," katanya.

Semalam inkues menyoal enam saksi manakala hari ini pula tiga orang lagi ahli kimia dipanggil.

Inkues disambung Isnin depan.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan