Implikasi letak nama Teoh pada anaknya masih dikaji

Diterbitkan: Jumaat, 7 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan masih mengkaji implikasi dari sudut perundangan sekiranya membenarkan nama mendiang Teoh Beng Hock diletakkan sebagai bapa dalam surat beranak anaknya yang sedang dalam kandungan tunangnya.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam memberitahu Bernama bahawa Pejabat Peguam Negara telah diarah untuk mengkaji perkara itu dan keputusannya akan diketahui tidak lama lagi.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam, sehari sebelum beliau mendaftarkan perkahwinannya dengan Soh Cher Wai.

Sebelum ditemui mati, Teoh memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang berpejabat di plaza itu.

Soh, 28, seorang guru di Semenyih, Selangor, kini hamil dua bulan, dan telah membuat permohonan untuk meletakkan nama Teoh dalam surat beranak anaknya.

"Kita terpaksa berhatihati dan mengkaji kes ini secara mendalam kerana ia memberi implikasi yang besar kelak," kata Mahmood.

Apa jua hasilnya, keputusan akhir akan dibuat oleh kabinet, katanya.

Bernama dimaklumkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerima banyak permohonan seumpama itu setiap tahun daripada wanita yang tidak berkahwin dan permohonan mereka ditolak kerana jabatan itu memerlukan sijil nikah sebagai bukti sebelum seseorang anak itu didaftarkan.

Sumber JPN berkata sekiranya nama bapa bayi diletakkan dalam surat beranak tanpa mengesahkan ibu bapa bayi itu yang sebenar, ia akan menimbulkan komplikasi di kemudian hari terhadap kanak kanak itu dan keluarganya terutama dalam pertikaian pembahagian harta. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan