13 Ogos Pakatan putuskan semua isu termasuk jualan arak, Ronnie - Anwar

Diterbitkan: Jumaat, 7 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat akan memutuskan kesemua isu semasa yang tercetus termasuk isu jualan minuman keras di Selangor dan desakan PAS agar Ronnie Liu digantikan Khamis depan.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, "semua isu yang melibatkan Pakatan Rakyat, termasuk isu Selangor akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 13hb Ogos."

Beliau menyatakan demikian dalam kenyataan satu perenggan yang diemelkan petang semalam.

Kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, beliau akan membincangkan penyelesaian isu jualan minuman keras di negeri itu hari ini.

Bagaimanapun beliau menolak desakan agar Ronnie Liu digantikan.

Di sebalik isu jualan arak itu, kelmarin PAS Selangor mendesak agar Ronnie Liu, Exco yang menerajui portfolio kerajaan tempatan digantikan dengan orang lain.

Ia merupakan antara isu yang menghantui Pakatan Rakyat yang menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor.

Dalam dua bulan lalu, kerajaan negeri Selangor juga berhadapan dengan pelbagai isu selain desakan PAS kelmarin. Bulan lalu Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali menggesa Menteri Besar Selangor membuat rombakan Exco kerajaan negeri.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan