Zambry: PAS mohon guna stadium Perak untuk berseronok

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Permintaan Dewan Pemuda Pas Perak untuk menggunakan Stadium Perak di sini sebagai tempat perhimpunan bagi mendesak agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan adalah bagi memenuhi keseronokan mereka sematamata, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

"Kita tidak mahu perbuatan sekelompok kecil ini menyebabkan rakyat di Perak tidak dapat hidup dengan tenteram," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Dewan Pemuda Pas pada Selasa lepas bahawa ia akan memohon kepada Majlis Bandaraya Ipoh dan Ketua Polis Perak untuk menganjurkan perhimpunan besarbesaran itu di Stadium Perak.

Zambry berkata sebarang bentuk demonstrasi atau apa juga namanya perlu diadakan berlandaskan lunas undang-undang dan peraturan, katanya selepas melancarkan Masyarakat Wanita Antidadah (Mawadah) peringkat negeri di kediaman rasminya di sini hari ini.

"Pembangkang dah buat macammacam dah, meratarata buat program (untuk mendesak bubar DUN)...sama ada (pihak berkuasa) bagi kebenaran atau tidak, mereka tetap buat juga," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 27 Julai 2017 3:00 PM

Aksi Separuh Bogel Tu Kisah Lamalah!

Khamis, 27 Julai 2017 12:30 PM

Mal Imran Artis Bermusim?

Khamis, 27 Julai 2017 9:00 AM

Panas! Hisyam Hamid & Aaron Aziz Bergaduh?

Rabu, 26 Julai 2017 3:46 PM

Saya Bukan Artis Murahan! - Elvina

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Kolumnis

iklan

Iklan