Tokoh Akademik Negara 08: "Saya sendiri cabar diri saya selesaikan Hikayat Hang Tuah"

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyampaikan Anugerah Tokoh Akademik Negara kepada Sasterawan Negara, Profesor Dr Mohamad Salleh pada majlis Anugerah Akademik Negara 2008 di sini, malam tadi. --fotoBERNAMA
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyampaikan Anugerah Tokoh Akademik Negara kepada Sasterawan Negara, Profesor Dr Mohamad Salleh pada majlis Anugerah Akademik Negara 2008 di sini, malam tadi. --fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara, Profesor Dr Muhammad Salleh dari Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Negara 2008.

Anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Majlis Anugerah Akademik Negara 2008 di sini.

Dr Muhammad, 66, dilahirkan pada 26 Mac 1942.Beliau memperoleh ijazah pertamanya dari Universiti Malaya Singapura, ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah dari Universiti Michigan Amerika Syarikat.

Profesor Dr Muhammad memulakan kerjayanya sebagai seorang guru di Trade School Butterworth pada tahun 1960 dan kemudiannya meneruskan perkhidmatan perguruannya di beberapa buah sekolah hinggalah menjadi tutor, pensyarah, pensyarah kanan dan seterusnya menjawat beberapa jawatan akademik di universiti tempatan dan antarabangsa.

Beliau juga pernah mencatat sejarah sebagai profesor termuda yang pernah dilantik ke jawatan itu pada tahun 1979 ketika berusia 37 tahun.

Sepanjang tempoh 42 tahun mengajar, Profesor Dr Muhammad bukan sahaja berkhidmat di tiga buah universiti di dalam negara iaitu Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya tetapi juga pernah dijemput mengajar di Amerika Syarikat, Brunei, Jerman dan Belanda sebagai profesor pelawat dan menerima ‘fellowship’ dari beberapa buah universiti di Amerika Syarikat, Jepun serta Belanda.

Kemuncak kepada kerjayanya ialah apabila beliau dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara pada tahun 1991.

Beliau menguasai penulisan (puisi dan kritikan) dalam bahasa Melayu dan Inggeris serta membawa sastera Malaysia menyeberang ke benua Asia, Eropah dan Amerika.

Mengulas mengenai kejayaan merangkul anugerah berprestij itu, Dr Muhammad melahirkan ucapan terima kasihnya atas penghargaan yang diberikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

"Sekarang ini, ilmuan mendapat pengiktirafan yang sewajarnya. Mereka ini menjaga masa depan, pemikiran dan ilmu kita," katanya.

Beliau turut menyarankan masyarakat supaya mempelajari sastera sama ada dalam bahasa Malaysia atau Inggeris.

"Saya sendiri mencabar diri saya untuk menyelesaikan Hikayat Hang Tuah dan ini menakutkan kerana ia mempunyai 600 halaman. Kini ia sedang dicetak," katanya.

Sementara itu, anugerah-anugerah lain yang disampaikan adalah Anugerah Penerbitan Buku yang dimenangi Dr Jelani Harun; Inovasi dan Pengkomersilan Produk, Prof Dr Sureswaran Ramadass; Seni dan Kreativiti, Prof Dr Mohamad Hatta Azad Khan.

Anugerah Pengajaran Kelompok Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan, Prof Madya Dr. Zainal Ariffin Ahmad dan Kelompok Sains Gunaan Prof Dr Abd Alias.Berikut adalah senarai penuh pemenang-pemenang anugerah:

Anugerah Tokoh Akademik Negara: Prof. Dr. Mohamad bin Salleh

Anugerah Penerbitan Buku: Dr.Jelani bin Harun

Anugerah Inovasi dan Pengkomersilan Produk: Prof. Dr. Sureswaran Ramadass

Anugerah Seni dan Kreativiti: Prof. Dr. Mohamad Hatta bin Azad Khan

Anugerah Pengajaran Kelompok Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan: Prof. Madya Dr. Zainal Ariffin Ahmad

Anugerah Pengajaran Kelompok Sains Gunaan: Prof. Dr. Abd. Karim bin Alia

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan