Siasat dakwaan sabotaj terhadap Samy Vellu kata Saravanan

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pemimpin MIC hari ini meminta Barisan Nasional (BN) menyiasat dakwaan bahawa seorang pemimpin di dalam parti komponen itu terlibat bagi menghakis peluang Presiden MIC, Datuk Seri S.Samy Vellu mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Siput, Perak pada pilihan raya umum tahun lepas.

Ketua Penerangan MIC dan juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan berkata dakwaan yang dibuat oleh seorang ahli perniagaan, O.M.S. Thiagarajan dalam sebuah akhbar berbahasa Tamil semalam perlu disiasat sepenuhnya kerana ia adalah serius.

"Kami akan meminta kepimpinan tertinggi BN untuk menjalankan siasatan sepenuhnya dakwaan itu. Saya akan berbincang dengan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung perkara ini," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Thiagarajan dipetik sebagai berkata beliau telah membantu seorang pemimpin parti komponen BN untuk menyingkirkan Samy Vellu dari Sungai Siput pada pilihan raya umum yang lalu untuk memastikan Presiden MIC itu tidak lagi mengekalkan jawatannya sebagai Menteri Kerja Raya.

Pada pilihan raya umum yang lalu, Samy Vellu gagal mempertahankan kerusi parlimen kawasan itu yang disandangnya sejak lebih 20 tahun yang lepas sehingga menyebabkan MIC kehilangan satu portfolio menteri yang secara tradisinya diberikan kepada parti itu.

Saravanan berkata jika dakwaan itu benar, tindakan tegas perlu diambil ke atas pemimpin parti yang terlibat.

"Saya tidak mahu menuduh Thiagarajan membuat kenyataan yang palsu tetapi saya mahu pemimpinpemimpin parti komponen dibersihkan berhubung dakwaan itu," katanya.

"Dakwaan sebegini boleh menimbulkan keadaan yang tidak selesa dan boleh memecahbelahkan perpaduan di kalangan parti komponen BN dan perlu diperjelalskan secepat mungkin, katanya. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan