'Saya tidak terima notis daripada SPRM' - Rodziah

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor Rodziah Ismail berkata beliau tidak menerima sebarang notis atau arahan untuk memberikan kenyataan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam berhubung dakwaan penyalahgunaan wang oleh beberapa anggota dewan undangan negeri barubaru ini.

Katanya kehadiran pegawai SPRM di bangunan Sekretariat negeri (SUK) hanyalah untuk menyoal pegawai khasnya dari pusat khidmatnya yang terletak di dalam kawasan dewan undangan negeri (DUN) Sementa.

"Saya menghadiri mesyuarat Exco ketika itu apabila pembantu khas saya memberitahu bahawa para pegawai SPRM telah mengeluarkan notis untuk menemui dia, dan saya pastikan dia ditemani oleh penasihat undang-undang negeri seperti yang diarahkan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Khalid Ibrahim.

Perbincangan semalam hanya di antara Pegawai SPRM dan penasihat undang-undang yang mewakili pegawai khas saya," katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan SUK di sini hari ini.

Para pegawai SPRM dari Putrajaya muncul di pejabat Rodziah di bangunan SUK tengah hari semalam sebagai sebahagian daripada siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan wang kerajaan negeri.

Bagaimanapun, para pegawai Rodziah enggan membenarkan mereka masuk dan para peguamnya tiba selepas itu dan memberitahu para pegawai SPRM bahawa mereka tidak boleh masuk tanpa waran.

Ketika ditanya berhubung perbincangan antara pegawai SPRM dan pegawai undangundang itu, Rodziah berkata perbincangan itu hanya berkisar mengenai keperluan SPRM untuk mengeluarkan notis untuk membolehkan seseorang yang akan ditemubual itu boleh menyediakan dokumen yang diperlukan, kenyataan dan saksisaksi sebelum siasatan dijalankan.

Rodziah yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Batu Tiga, tidak menolak kemungkinan kehadiran pegawai SPRm itu semalam bermotifkan politik oleh pihakpihak tertentu.

"Sebagai anggota Exco yang berjuang untuk keadilan, ketelusan dan akauntabiliti, saya tidak takugt untuk disiasat. Bagi pihak saya, saya telah menjalankan tugas mengikut keupayaan saya," katanya.

Katanya kawasan DUN Sementa menjadi kawasan anak angkatnya Jun tahun lepas.

Datuk Abdul Rahman Palil adalah ADUN Sementa yang mewakili Umno.

Sementara itu, Rodziah juga kecewa dengan tindakan SPRM dalam menjalankan siasatan yang hanya berdasarkan khabar angin dan suratsurat layang.

"Dalam hubungan ini, saya tidak faham kenapa SPRM hanya memberi keutamaan kepada keskes terpilih sahaja," katanya. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan