Polis Selangor terima laporan ugutan bunuh Ketua SPRM

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar mengesahkan polis telah menerima laporan ugutan bunuh terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan.

"Kita mengesahkan menerima laporan berhubung kes ugutan bunuh itu dan kita masih menyiasat," katanya kepada pemberita semalam.

Abdul Khalid berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Beliau berkata surat ugutan itu dihantar ke pejabat SPRM Selangor kira-kira seminggu lepas.

Ahmad Said dilaporkan menerima ancaman bunuh berikutan kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock selepas disoal siasat SPRM baru-baru ini.

Surat tulisan tangan tersebut yang dialamatkan kepada Ahmad Said dikatakan diterima melalui pos oleh pejabat SPRM Selangor yang terletak di Plaza Masalam, Shah Alam pada 24 Julai lepas.

Dalam surat tersebut, penulisnya menyalahkan Ahmad Said dan SPRM atas kematian Teoh.

Mengenai kes jenayah lain, Khalid berkata sehingga Julai lepas, sebanyak 160 kes samun dan rompak membabitkan premis stesen minyak dilaporkan berlaku di negeri ini, dengan Subang Jaya dan Gombak mencatat kes tertinggi.

Beliau berkata antara modus operandi yang dilakukan perompak termasuklah memecahkan cermin pintu dan dinding premis serta menggunakan senjata tajam dan pistol sambil berpurapura untuk membeli barangan di premis berkenaan.

"Stesen minyak kini mempunyai kedai serbaneka, mesin ATM dan kedai makan yang menarik perhatian perompak," katanya.

Khalid berkata sekitar pukul 4 pagi dan 6 pagi merupakan masa paling banyak berlaku samun dan rompak di setesen-stesen minyak.

"Sehubungan itu pengusaha stesen minyak perlu mengambil langkah keselamatan seperti menempatkan pengawal keselamatan dan memastikan bilangan pekerja yang lebih pada waktu malam," katanya.

Beliau berkata selain bekerjasama erat dengan polis dan memasang kamera litar tertutup (CCTV) serta alat penggera di premis mereka, pengusaha stesen minyak perlu tidak meletakkan warga asing sebagai juruwang kerana perompak lebih cenderung untuk menyamun dan merasa kurang takut dengan kehadiran warga asing. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan