PERJALANAN INKUES TEOH HARI INI (KHAMIS)

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERIKUT adalah perjalanan Inkues kematian Teoh Beng Hock yang berlangsung di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini:

4.20 petang: Saksi ke-9 dilepaskan tanpa syarat. Prosiding inkues disambung esok.

2.45 petang: Saksi ke-9 diminta menunjukkan barang kes yang diserahkan kepadanya untuk diuji. Antara barang kes tersebut ialah spesimen rambut, kepala, kuk, pemotong kuku, kad FTA, sepasang kasut hitam, sebatang gigi, stik swab.

Turut sama diuji ialah, kemeja lengan pendek warna kelabu, blazer hitam, tali pinggang, seluar dalam warna kelabu dan sarung kaki warna biru kelabu.

2.25 petang: Prosiding disambung dengan memanggil semula saksi ke-9 untuk menyambung keterangannya.

1 tengah hari: Mahkamah berhenti rehat selama satu jam dan akan disambung semula pada pukul 2 petang nanti.

12.40 tengah hari: Saksi ke-9 Dr Seah Lay Hong. Ahli Kimia di Seksyen Scrologi DNA dipanggil.

12.35 tengah hari: Saksi ke-8 dilepaskan. Jika perlu akan dipanggil semula.

12.10 tengah hari: Saksi ke-8 ini mengecam bahan kes yang diserahkan kepadanya untuk dianalisis. Antara bahan kes tersebut ialah sehelai seluar yang berlumuran darah, sebatang skru 5cm panjang, seutas jam tangan, pin penyambung jam tangan, klip logam, butang logam serta pelapik kaki lima.

11.35 pagi: Prosiding disambung semula. Saksi ke-8, Saiful Fazami Mohd. Ali, Ahli Kimia di Jabatan Kimia Malaysia.

Beliau bertugas di Seksyen Kriminalistik bahagian forensik Jabatan Kimia Malaysia.

10.55 pagi: Mahkamah berhenti rehat.

10.30 pagi: Suasana mahkamah menjadi tegang apabla peguam yang dilantik mewakili kerajaan iaitu peguam bela dan peguam cara Tan Hock Chuan (DPP) membantah soalan yang diajukan kepada saksi ke-7 oleh Gobind mengenai sama ada beliau membuat kajian dengan mengambil kira kemungkinan lain yang menyebabkan kematian si mati.

Gobind berkata: 'Adakah kamu tahu tentang kes ini, tidakkah kamu tahu tentang persepsi masyarakat yang mengatakan beliau ditolak melalui laporan akhbar?'

Kemudian DPP membantah soalan Gobind dengan mengatakan saksi tdak boleh ditekan dengan soalan-soalan sedemikian sama ada si mati ditolak ataupun tidak.

DPP menegaskan saksi hanya menjalankn tegasnya sebgai ahli kimia. Koroner, Azmil Muntapha juga bersetuju dengan DPP.

9.35 pagi: Ahli kimia, Jabatan Kimia PJ, Zairahah Awang dipanggil sebagai saksi 7.

Saksi ke-7 memberitahu mahkamah bahawa dari hasil analisisnya, tidak terdapat apa-apa kandungan alkohol atau dadah biasa dalam kandungan darah, air kencing dan kandungan perut dari spesimen Teoh.

Katanya, anasilsis tersebut dibuat untuk mengetahui sama ada terdapat kesan racun atau sebarang bahan merbahaya ke atas spesimen biologi sama ada haiwan atau manusia.

9.26 pagi: Mahkamah memanggil smula saksi ke-6, Abd Rahman Rahim. DPP serahkan buku log keluar masuk Plaza Masalam.

9.25 pagi: Prosiding hari ke 3 Inkues Teoh bermula.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan