Misteri DNA berterusan DNA Tan, Lee tidak sepadan kesan darah pada Teoh

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Misteri identiti DNA dalam kes kematian berterusan dengan ujian menunjukkan sampel ahli Majlis Perbandaran Kajang, Tan Boon Hwa dan juruteknik Lee Wye Wing tidak sepadan dengan kesan darah pada kot dan tali pinggang Teoh Beng Hock.

Inkues kes kematian Teoh, yang disambung semalam, dimaklumkan bahawa sampel-sampel DNA yang diambil daripada Tan dan Lee tidak sepadan dengan kesan darah mendiang.

"Kedua-dua mereka telah beri sampel DNA, setelah dianalisa keputusan tersebut tidak sama dengan milik Teoh," katanya.

Ia dimaklumkan oleh peguam keluarga mendiang, Gobind Singh semalam.

Kedua-dua mereka memberikan sampel DNA minggu lalu selepas inkues ditangguhkan pada 29 Julai lalu.

Dengan sampel Tan dan Lee, seramai 157 orang telah jalani ujian DNA setakat ini berhubung kes Teoh, Setiausaha Politik kepada Exco kerajaan negeri Selangor, yang ditemui mati di Plaza Masalam pertengahan bulan lalu.

Pada awalnya Tan dan Lee dilaporkan enggan memberikan sampel untuk ujian DNA.

Pada hari pertama inkues minggu lalu, peguam bela dan peguam cara, Tan Hock Chuan yang mewakili kerajaan berkata, satu sampel DNA milik seorang lelaki yang tidak dikenali telah ditemui di bahagian belakang kot dan tali pinggang Teoh.

Katanya, laporan DNA pertama daripada spesimen yang diambil di bahagian luar kot yang dipakai Teoh mendapati terdapat campuran DNA daripada dua individu iaitu yang menyamai spesimen darah Teoh dan seorang lelaki yang tidak diketahui.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan