MAHFUZ: Segera selesai isu arak, Ronnie

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berharap semua pihak duduk berbincang untuk mencari jalan penyelesaian terbaik dalam isu penukaran Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu.

"Semua pihak harus menghormati keputusan yang telah dibuat oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuklah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

"Kerajaan negeri dalam masa yang sama harus segera menyelesaikan isu ini," katanya kepada mStar Online hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai desakan PAS Selangor kelmarin yang meminta kerajaan negeri menukar portfolio Ronnie yang dilaporkan mencampur urusan PBT di negeri itu.

"Bagi saya isu penjualan arak ini ditinggalkan oleh kerajaan negeri yang lama dibawah pimpinan Barisan Nasional dan Umno, jadi bila kerajaan Pakatan Rakyat memerintah, mereka harus mengambil pendekatan yang bijaksana dalam menyelesaikan isu penjualan arak di negeri itu," katanya.

Kelmarin, PAS Selangor mendesak kerajaan negeri menukar portfolio Ronnie yangjuga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikanekoran campur tangan ahli politik itu dalam isu jual arak di Selangor.

Parti komponen Pakatan Rakyat itu mahu Menteri Besar Selangor sendiri memegang jawatan itu ataupun diberikan kepada mana-mana pemimpin lain.

Pendirian itu diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali kelmarin.

Minggu lalu, Ronnie Liu mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) supaya memulangkan bir yang dirampas di sebuah kedai serbaneka dekat sini.

Kata beliau, ia perlu dipulangkan semula kerana salah faham. Perkara itu juga telah dikecam oleh Umno Selangor.

Rampasan oleh Jabatan Perlesenan dan Penguatkuasaan MBSA itu dibuat selepas menerima aduan daripada penduduk setempat sejak beberapa bulan lalu yang tidak berpuas hati kerana mendakwa premis berkenaan menjual minuman keras kepada umat Islam.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata: "Semua parti komponen dalam Pakatan Rakyat perlu beri pandangan masing-masing dalam isu ini."

"Oleh itu semua pemipin Pakatan perlu mengelakkan dari memberi kenyataan terbukakepada media dalam isu ini," katanya.

Jelas beliau, rakyat akan merasa tidak selesa dengan krisis yang berlaku dan keadaan akan menjadi lebih kusut jika ada kenyataan media yang saling bercanggah di kalangan pemimpin Pakatan.

"Pakatan memerintah sebuah negeri yang memiliki penduduk berbilang kaum jadi kita (Pakatan)perlu memahami sensitivi semua kaum.

"Saya harap semua pihak dapat menyelesaikan isu ini dengan membawanya ke meja rundingan di sana saya yakin kita akan mendapat jalan penyelesaian terbaik dalam isu ini," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan