Konsep Islam Hadhari akan dipertingkatkan, kata Jamil

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membuat peningkatan dari semasa ke semasa berkenaan dengan pendekatan konsep Islam Hadhari kerana ia mempunyai persamaan dengan konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mejar General (B) Datuk Jamil Khir Baharom, lapan nilai yang terdapat dalam konsep Satu Malaysia dan 10 prinsip dalam Islam Hadhari mempunyai persamaan oleh itu pendekatan konsep Islam Hadhari akan diteruskan.

"Sudah tentu kerajaan akan menggerakkan pendekatan ini (Islam Hadhari) dan usaha untuk membuat peningkatan dari semasa ke semasa akan diteruskan," katanya ketika merasmikan Majlis penyerahan bantuan Ihya' Ramadhan di Masjid Al-Ghazali di Kepong pagi tadi.

Sebelum ini Jamil berkata kerajaan akan mengkaji semula pelaksanaan dasar Islam di negara ini termasuk konsep Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi bagi memastikan keberkesanan dari segi pendekatan dan penerimaan rakyat terhadapnya.

Sementara itu ketika mengulas mengenai gesaan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin supaya Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengenai ISA, beliau menyatakan ia bukan hak individu untuk membuat desakan tersebut.

"Itu pandangan beliau sebagai individu, perkara ini perlu mendapat kelulusan Majlis Raja-raja terlebih dahulu,"katanya

Mantan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin sebelum ini pernah menggesa agar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengenai ISA.

Menurut beliau, isu ini telah berulang kali diminta oleh umat Islam agar dilihat dari sudut agama.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan