Jeff Ooi perlu tarik balik kenyataan sentuh sensitiviti Islam

Diterbitkan: Khamis, 6 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim semalam mendesak anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi supaya menarik balik kenyataannya yang menyinggung perasaan umat Islam bukan sahaja di negeri ini malahan di seluruh negara.

Beliau berkata, Jeff perlu lebih berhatihati mengeluarkan kenyataan dan disaran menggunakan saluran dalaman bagi menyuarakan pandangannya kepada kerajaan negeri.

Beliau berkata, meskipun kerajaan negeri mengamalkan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) namun kenyataan berbaur prasangka tanpa berpijak di bumi nyata perlu dielakkan lebihlebih lagi dari seorang wakil rakyat kerajaan pakatan pembangkang.

"Saya secara tegas menolak kenyataan Jeff yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris 2 Ogos lalu yang saya anggap bersifat peribadi tetapi boleh disalah ertikan pelbagai pihak.

"Saya yakin umat Islam di Pulau Pinang tidak dapat menerima kenyataan sebegini lebihlebih lagi ia menyentuh sensitiviti agama Islam sebagai agama rasmi yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia," kata Abdul Malik.

Abdul Malik mengulas kenyataan Jeff, yang juga Ketua Staf di Pejabat Ketua Menteri terhadap seorang ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang merupakan anggota Jamaah Islah Malaysia (JIM).

Jeff dilaporkan berkata, MPPP tidak seharusnya membenarkan seorang "ekstremis agama" berada di dalam pentadbirannya dan kerajaan negeri telah mewujudkan teladan yang berbahaya apabila membenarkan seorang ekstremis agama menyusup masuk ke dalam sistem kerajaan tempatan.

Jeff juga memetik portal JIM yang meletakkan sasarannya untuk membangunkan Malaysia sebagai sebuah negara yang menggunakan sepenuhnya Undang-undang Syariah menjelang 2020.

Abdul Malik berkata, kerajaan Pulau Pinang sentiasa menjalin hubungan baik dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negeri ini dan peruntukan sebanyak RM1.5 juta telah disalurkan kepada 17 Sekolah Agama Rakyat (SAR) kendalian kerajaan negeri termasuk dua yang diuruskan NGO Islam iaitu JIM dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan