Tindakan Khairul pro-ISA bukan pendirian PAS

Diterbitkan: Rabu, 5 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tindakan Mohd. Khairul Azam Abd. Aziz menyerahkan memorandum kepada Istana Negara Sabtu lalu mewakili Magaran yang proI-ISA dalah pendirian peribadi beliau dan tidak mencerminkan suara PAS.

Khairul yang bertindak sebagai penasihat undang-undang Magaran dikatakan seorang ahli PAS dan bukannya Umno sebagaimana dilaporkan sebelum ini.

Dua kumpulan iaitu Magaran yang pro-ISA dan Gerakan Mansuhkan ISA yang anti-ISA menganjurkan perhimpunan tidak sah di ibu negara Sabtu lalu.

Ketika ditemui wartawan di sini semalam, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli berkata, tindakan Khairul tidak mencerminkan pendirian dan pandangan parti tersebut.

Kata beliau, pendirian PAS yang mahu ISA dimansuhkan diambil dengan mengambil kira pendirian bersama anggota Pakatan Rakyat.

Khairul dilaporkan menyerahkan memorandum kepada Istana Negara lewat petang Sabtu lalu.

Bagaimanapun ia dinafikan oleh polis.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan