SPRM cuba dapatkan waran serbu pejabat Exco Selangor

Diterbitkan: Rabu, 5 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang berusaha untuk mendapatkan waran bagi menyerbu pejabat Exco Selangor, Roziah Ismail selepas pegawai-pegawai SPRM tidak dibenarkan memasuki pejabat itu.

SPRM hadir di pejabat Roziah di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini tengah hari tadi bagi menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri oleh beberapa wakil rakyat negeri itu.

Roziah adalah Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Sains, Teknologi dan Inovasi.

Bagaimanapun, staf-staf di pejabat Roziah enggan membenarkan SPRM masuk dan peguam beliau yang tiba sejurus selepas itu memberitahu SPRM yang mereka tidak boleh memasuki pejabat tersebut tanpa waran.

SPRM kini sedang mendapatkan waran daripada majistret.

Pada 15 Julai lalu SPRM menyerbu pejabat seorang Exco negeri, Ean Yong Hian Wah.

Mereka membawa pembantu Ean, Teoh Beng Hock ke SPRM negeri untuk disoal siasat sebagai saksi.

Teoh ditemui mati terjatuh daripada bangunan Plaza Masalam, bangunan yang menempatkan SPRM sehari selepas itu.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan