Saman RM100 juta Anwar hanya untuk tutup mulut pengkritiknya

Diterbitkan: Rabu, 5 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hasrat Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebanyak RM100 juta bertujuan menutup mulut mana-mana pengkritik ketua pembangkang itu.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata tuntutan saman setinggi itu dilihat lebih kepada "ugutan" terhadap pihak terbabit supaya tidak mendedahkan kelemahan Anwar.

"Ini cara Anwar untuk tutup mulut siapa yang cuba dedah keburukannya," katanya ketika menghubungi Bernama Rabu bagi mengulas isu itu selepas Muhyiddin menyifatkan ketua pembangkang itu sebagai "pengkhianat" kepada perjuangan Melayu.

Timbalan Perdana Menteri membuat kenyataan itu ketika merasmikan mesyuarat Umno bahagian Sri Gading di Johor berikutan perhimpunan membantah ISA di ibu negara, Sabtu lepas.

Berikutan itu, Anwar mahu Timbalan Presiden Umno itu menarik balik kenyataannya dan membuat permohonan maaf secara terbuka selain menuntut ganti rugi RM100 juta daripada Muhyiddin dan Utusan Malaysia yang melaporkan berita berkenaan.

Mukhriz berkata ayahnya, bekas Perdana Menetri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini pernah disaman Anwar tetapi akhirnya kes itu digugurkan mahkamah kerana tiada asas kukuh. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan