Prof Dr Muhammad Hj Salleh bakal dinobat Tokoh Akademik Negara 2008

Diterbitkan: Rabu, 5 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sasterawan Negara (National Laureates), Profesor Dr Muhammad Hj Salleh daripada Universiti Sains Malaysia disebut-sebut bakal menerima anugerah Tokoh Akademik Negara 2008 (National Academic Award) yang akan disampaikan malam ini dalam satu majlis penuh gemilang.

Selain anugerah tertinggi dalam bidang akademik negara itu, majlis tersebut juga akan menyaksikan beberapa lagi tokoh akademik negara dinobatkan dalam pelbagai kategori antaranya Anugerah Pengajaran; Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal; Anugerah Penerbitan Buku; Anugerah Inovasi dan Pengkomersilan Produk serta Anugerah Seni dan Kreativiti.

Anugerah-anugerah tersebut akan disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Hotel Royale Chulan bermula jam 8.30 malam ini.

Profesor Dr Muhammad dilahirkan pada 26 Mac 1942.

Beliau memperoleh ijazah pertamanya dari Universiti Malaya Singapura, ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah dari Universiti Michigan Amerika Syarikat.

Profesor Dr Muhammad memulakan kerjayanya sebagai seorang guru di Trade School Butterworth pada tahun 1960 dan kemudiannya meneruskan perkhidmatan perguruannya di beberapa buah sekolah hinggalah menjadi tutor, pensyarah, pensyarah kanan dan seterusnya menjawat beberapa jawatan akademik di universiti tempatan dan antarabangsa.

Beliau juga pernah mencatat sejarah sebagai profesor termuda yang pernah dilantik ke jawatan itu pada tahun 1979 ketika berusia 37 tahun.

Sepanjang tempoh 42 tahun mengajar, Profesor Dr Muhammad bukan sahaja berkhidmat di tiga buah universiti di dalam negara iaitu Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya tetapi juga pernah dijemput mengajar di Amerika Syarikat, Brunei, Jerman dan Belanda sebagai profesor pelawat dan menerima ‘fellowship’ dari beberapa buah universiti di Amerika Syarikat, Jepun serta Belanda.

Kemuncak kepada kerjayanya ialah apabila beliau dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara pada tahun 1991. Beliau menguasai penulisan (puisi dan kritikan) dalam bahasa Melayu dan Inggeris serta membawa sastera Malaysia menyeberang ke benua Asia, Eropah dan Amerika.

Beliau juga telah memberi inspirasi dan mencetus penubuhan dua pusat kajian Melayu iaitu di Universiti Islam Riau dan Universiti Jambi.

Sajak dan karya akademiknya kini diterjemahkan ke dalam 12 bahasa termasuk bahasa Belanda, China, Denmark, Ibrani, Itali, Jepun, Jerman, Korea, Rusia, Sepanyol, Thai dan Vietnam. Terkini dalam dua lagi bahasa iaitu Portugis dan Perancis.

Karya-karya sasteranya juga menjadi bacaan wajib di semua sekolah menengah (dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) dan juga beberapa kursus Universiti di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Teori sastera Melayu yang diketengahkannya, kini sering dirujuk dan digunakan di beberapa buah universiti di Nusantara dan antarabangsa dan juga sebagai landasan tesis/disertasi.

Beliau juga telah mengkaji teks-teks Melayu tradisional termasuk Hikayat Isma Yatim, Sulalat-as-Salatin dan Hikayat Hang Tuah.

Sebagai penterjemah pula, beliau telah menterjemah karya penulis penting Amerika, Britain, Chile, Jepun, Jerman, Mexico dan Rusia; dan seterusnya karya Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura ke dalam bahasa Inggeris.

Di samping fokus beliau dalam bidang penulisan, pengajaran dan penterjemahan, beliau juga merupakan seorang penyelidik yang meneroka bidang baru – jiwa sastera Nusantara, alatan retorika, ‘sihir’ pantun Dunia Melayu serta sudut falsafah alam.

Dan sebagai aktivitis bahasa sastera serta budaya pula, Profesor Dr Muhammad memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang bermartabat, bertamadun dan canggih sebagai alat wacana sejumlah budaya yang halus dan tinggi pencapaiannya.

Beliau merupakan cendekiawan dan sasterawan unggul yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Malah beliau digelar sebagai penyair intelektual kerana memasukkan unsur pemikiran dalam puisi. Beliau juga telah banyak menyumbang kepada kefahaman baru terhadap kesusasteraan Melayu tradisional dan moden.

Mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap kesusasteraan Barat, namun sentiasa melihat kesusasteraan Melayu berasaskan ciri-ciri keunikannya sendiri seperti yang terjelma dalam karya besarnya Poetika Sastera Melayu yang telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris; iaitu The Poetics of Malay Literature.

Sebagai penyair dan ilmuan, Profesor Dr Muhammad telah menghasilkan 15 koleksi puisi, 5 buah antologi sastera Malaysia dan 12 buku kritikan/teori dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Hasil terjemahannya termasuklah 11 buku bahasa Melayu ke bahasa Inggeris.

Anugerah Tokoh Akademik Negara merupakan satu anugerah tahunan berprestij diperkenalkan bertujuan memberi pengiktirafan kerajaan kepada para pensyarah atau akademia serta menjadi pelantar bagi mengiktiraf hasil kerja para akademik negara yang telah menaikkan serta mengharumkan nama negara di persada kebangsaan dan antarabangsa.

Bagi kategori Anugerah Tokoh Akademik Negara, sumbangan kumulatif calon berdasarkan anugerah dan pengiktirafan yang diterima sepanjang dan selepas kerjaya akademik akan diambil kira.

Bagi semua kategori lain, kecuali Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk dan Anugerah Pengajaran, hanya calon yang telah menerima anugerah atau pengiktirafan pada peringkat kebangsaan atau antarabangsa bagi tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2008 layak dipertimbangkan. Pencalonan bagi kesemua anugerah ditutup pada Mei lalu.

Bagi Anugerah Inovasi dan Pengkomersialan Produk, hanya produk yang telah dikomersialkan dan mendapat pulangan daripada jualan, layak untuk dipertimbangkan.

Penerima Anugerah Tokoh Akademik Negara 2007 ialah Profesor Emiritus Tan Sri Dr. Syed Jalaluddin Syed Salim.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan