PERJALANAN INKUES KEMATIAN TEOH

Diterbitkan: Rabu, 5 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BERIKUT adalah situasi yang berlaku ketika Inkues kematian Teoh Beng Hock yang berlangsung di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini:

1.35 tengah hari: Mahkamah melepaskan saksi keenam dengan syarat dipanggil semula esok. Koroner mengarahkan pihak pendakwaan supaya mendapatkan buku log keluar masuk Plaza Masalam. Sebelum itu, saksi berkenaan memberitahu mahkamah, tiada sebarang rekod keluar masuk dibuat di bangunan itu.

1.35 tengah hari: Prosiding ditangguh hingga esok selepas pihak pendakwaan mengemukakan enam saksi hari ini.

1.15 tengah hari: Saksi keenam, pengawal keselamatan, Abd Rahman Rahim, 51 beri keterangan.

12.25 tengah hari: Saksi kelima, Wan Rosli Wan Adam, 38, seorang pengawal keselamatan di Plaza Masalam memberi keterangan.

11.50 pagi: Peguam Karpal Singh masuk tiba di mahkamah.

11.35 pagi: Saksi keempat, Anggota Bilik Gerakan cawangan IPD Shah Alam, Koperal Abdul Karem Othman dipanggil.

11.15 pagi: Saksi ketiga Mohd Khairul Izwan M. Nasir, Penolong Kanan Pengawal Keselamatan mula beri keterangan.

11.10 pagi: Ujian DNA Tan Boon Hwa dan Lee Wye Wing tidak sepadan dengan kesan darah pada baju dan tali pinggang Teoh Beng Hock, kata peguam keluarga mendiang, Gobind Singh

11.00 pagi: Prosiding disambung semula.

10.30 pagi: Mahkamah berhenti rehat.

9.40 pagi: Saksi kedua, Mohd Ridzuan Samsuri, juruteknik Plaza Masalam dipanggil.

Beliau memaklumkan kepada mahkamah bahawa koridor tingkat 5 Plaza Masalam, tempat mayat Teoh ditemui hanya boleh diakses oleh pengawal keselamatan dan pegawai penyelenggaran bangunan sahaja. Orang awam tidak boleh mengaksesnya.

Bahagian berkenaan hanya boleh dimasuki melalui dua laluan. Laluan pertama ialah melalui sebuah tingkap pejabat. Manakala laluan kedua ialah melalui dua pintu jeriji besi yang berkunci yang hanya boleh dibuka oleh pengawal keselamatan dan pihak penyelenggara.

"Koridor tingkat 5 hanya boleh pergi melalui pejabat orang, itupun dengan kebenaran itupun kena melalui tingkap. Cara kedua ialah melalui pintu jeriji perlu lapor kepada pengawal," katanya.

9.22 pagi: Saksi pertama beri keterangan, Siti Zabedah Yahya, 41 tahun - pengawal keselamatan.

Saksi pertama memberitahu mahkamah bahawa pada pukul 1.10 tengah hari ketika dia sedang berehat di bilik stor di tingkat 19, Plaza Masalam, ketika hendak menutup tingkap dia ternampak satu lembaga manusia terbaring di koridor tingkat 5.

"Selepas 20 minit berehat saya hendak tutup tingkap saya jenguk ke bawah. Saya nampak lembaga manusia terbaring di koridor tingkat 5.

"Saya tidak puas hati, saya nak pastikan sama ada ia (lembaga manusia terbaring) tertidur atau pengsan, saya ambil satu skru meja dan lempar ke bawah," katanya.

"Lepas tak bergerak, saya rehat sekejap, lepas lima minit saya panggil kawan saya. Kawan saya pun nampak apa yang saya nampak.

"Kemudian, saya hubungi En Ridzuan untuk beritahu, selepas saya hubungi dia saya tidak buat apa-apa lagi," katanya.

9.10 pagi: Prosiding inkues bermula.

9 pagi: Hari ini 49 pas media disediakan berbanding minggu lepas hanya 30.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang tiba di perkarangan mahkamah.

8.40 pagi: Peguam Gobind Singh dan Sankara Nair yang mewaikili keluarga Teoh tiba.

8 pagi: Pas liputan untuk media mula diedarkan.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan