PAS Pulau Pinang kemuka senarai calon kerusi Permatang Pasir kepada Pusat

Diterbitkan: Rabu, 5 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: PAS Pulau Pinang akan mengemukakan senarai calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Permatang Pasir kepada Pas pusat esok.

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man, berkata mesyuarat PAS negeri semalam telah menyenaraikan beberapa nama calon yang layak untuk bertanding pada pilihan raya itu.

"Kita telah sepakat, sebulat suara di peringkat negeri, dan keputusan akhir akan ditentukan pada mesyuarat peringkat pusat," katanya kepada Bernama di sini Rabu.

Salleh berkata PAS akan meletakkan calon yang berasal dari Pulau Pinang dan menetap di negeri itu.

Katanya mesyuarat semalam turut membincangkan mengenai persiapan menghadapi pilihan raya itu.

Kerusi itu kosong apabila penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada PAS meninggal dunia akibat sakit jantung di Institut Jantung Negara pada Jumaat lePas.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, Mohd Hamdan yang menjadi Adun Permatang Pasir selama tiga penggal sejak 1999, memperoleh 11,004 undi menewaskan calon Barisan Nasional Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan