Malaysia, contoh terbaik negara Islam komprehensif - PM

Diterbitkan: Rabu, 5 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia kini berada di kedudukan terbaik untuk berkongsi dengan dunia mengenai keunikannya sebagai sebuah negara Islam yang komprehensif.

"Saya juga berbangga untuk menyebut bahawa kita melakukan ini dengan cara ia turut dikongsi oleh masyarakat bukan Islam kita.

"Malaysia mempunyai banyak contoh terbaik untuk dikongsi dengan dunia; industri kewangan Islam yang berkembang maju, sistem Tabung Haji yang menyeluruh dan sistem undang-undang syariah, untuk menyebut sebahagian kecil daripadanya," katanya dalam laman blog beliau Rabu.

Najib berkata Malaysia patut berbangga dengan semua itu dan beliau percaya dengan mempromosi dan berkongsi tentang cara Malaysia mentadbir Islam di negara ini, ia merupakan sebagai satu langkah untuk memastikan Islam boleh difahami dan dihormati dengan lebih baik oleh negara lain di dunia ini.

Perdana Menteri berkata demikian sebagai respon beliau terhadap soalan yang dikemukakan oleh Nurul Shafika Ahmad di 1Malaysia.com.my.

Nurul Shafika bertanya mengapa Islam masih dipersoalkan oleh sesetengah kumpulan dan negara dan orang Islam ditindas dalam banyak hal antaranya seperti dihalang daripada beribadat, dituduh sebagai pengganas dan ditahan di Teluk Guantanamo.

"Sebagai seorang Islam, saya sangat kecewa. Saya berharap ia akan berakhir selepas Presiden Obama (Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama) mentadbir.

"Jangan biarkan ia seperti Bush (George W. Bush) yang tidak berhati perut," kata Nurul Shafika.

Najib berkata Presiden Barack Obama telah memberi petunjuk kepada dunia Islam agar tidak melihat beliau seperti pemimpin sebelumnya.

"Ucapan yang disampaikan oleh Presiden Obama di Kaherah (Mesir) awal Jun lalu merupakan titik perubahan bahawa Amerika Syarikat kini sedang melakukan usaha bersepadu untuk memperbaiki hubungan dengan masyarakat Islam di seluruh dunia.

"Daripada perspektif antarabangsa, saya secara jujur percaya kita akan melihat lebih banyak hubungan positif bukan sahaja dengan pemimpin-pemimpin dunia, tetapi dengan rakyat negara-negara ini, berdasarkan rasa hormat dan dialog terbuka," kata perdana menteri.

Perdana Menteri turut berkata masyarakat Islam, semasa menuntut penghormatan untuk Islam, mereka perlu juga melakukan perkara yang sama kepada orang lain.

"Ia merupakan peranan kita sebagai seorang Islam untuk memperlihat kualiti terbaik seperti yang sering diajar oleh al-Quran dan Hadis.

"Dengan memperlihatkan nilai positif Islam seperti menghormati orang lain, sentiasa menimba ilmu pengetahuan, cintakan keamanan, kita juga boleh menolak pandangan stereotaip terhadap masyarakat Islam dan memecahkan putaran keganasan," tambah beliau.

Menjawab satu lagi soalan, Najib berkata beliau memahami bahawa dengan melihat sekali lalu, keputusan untuk meliberalisasi ekonomi mungkin kelihatan janggal kepada golongan Bumiputera.

Namun beliau memberi jaminan bahawa sementara kerajaan mengambil langkah untuk memajukan Malaysia menerusi model ekonomi yang baru, keperluan rakyat tidak akan dilepas pandang.

Perdana Menteri berkata lanskap ekonomi global telah banyak berubah sejak beberapa dekad lalu dan sehubungan itu Malaysia mesti turut berubah dengan meningkatkan daya saing di mana kerajaan akan terus komited untuk mempromosi agenda nasional yang lestari termasuk melalui penyertaan Bumiputetra secara lebih bermakna dan berkesan.

Dalam hubungan ini, Najib menjelaskan bahawa kerajaan telah menubuhkan Ekuinas dalam mentadbir penyertaan Bumiputera dalam ekonomi.

"Seperti yang anda sedia maklum, Ekuinas telah menubuhkan pasukan pentadbirannya baru-baru ini dan ia dijangka mengumumkan rangka kerja awalnya menjelang Ogos ini.

"Ekuinas mesti berdiri di atas peraturan bahawa ia adalah berdaya komersial, mewujudkan perkongsian dan meritokrasi sebenar dengan bermatlamatkan pelaburan syarikat Malaysia yang kukuh," kata beliau.

Mengenai ekonomi mikro, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan sedang berusaha bersunguh-sungguh untuk terus membangun perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi Majlis Pembangunan PKS. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan