Isu Jabatan Pengajian India: VC UM enggan ulas

Diterbitkan: Rabu, 5 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Dr Ghauth Jasmon hari ini enggan mengulas isu penyelewengan terhadap urusan pemeriksaan tesis calon ijazah doktor falsafah (PhD) dan juga penganugerahan ijazah sarjana muda dengan kepujian kelas pertama pada jumlah yang sangat luar biasa di Jabatan Pengajian India universiti tersebut.

"Ini adalah perkara sulit dan saya tidak boleh dedahkan kepada sesiapa pun," katanya melalui kiriman e-mel yang dihantar kepada mStar Online.

Beliau menyatakan demikian ketika ditanya mengenai langkah-langkah yang akan diambil pihaknya bagi menyiasat kejadian itu.

mStar Online dan akhbar The Star hari ini melaporkan mengenai penyelewengan yang berlaku terhadap pemeriksaan tesis calon ijazah doktor falsafah dan penganugerahan ijazah sarjana muda dengan kepujian kelas pertama pada jumlah yang sangat luar biasa di Jabatan Pengajian India UM.

Difahamkan, Dr Ghauth dalam laporan bertulisnya kepada Menteri Pengajian Tinggi baru-baru ini mendapati berlaku perkara-perkara tidak beretika dalam pengurusan pemeriksaan tesis calon PhD oleh pemeriksa luar daripada dua buah universiti dari India.

Beliau turut menyenaraikan lampiran statistik jumlah calon yang memperolehi ijazah sarjana muda di Jabatan Pengajian India pada jumlah yang tidak munasabah iaitu melebihi 50 peratus daripada jumlah calon yang dianugerahkan ijazah sejak sesi 2003/04.

Selain itu, jumlah kelulusan ijazah kelas pertama melebihi 64 peratus pada sesi 2006/07.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan