IKIM.fm nafi terlibat dalam kutipan derma anak yatim

Diterbitkan: Rabu, 5 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Stesyen Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), IKIM.fm hari ini menafikan pernah terlibat dalam kutipan derma bagi mengisi tabung anak-anak yatim Wilayah Persekutuan seperti yang disebarkan melalui satu surat.

Menurut Ketua Pengarah IKIM, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan Radio IKIM tidak mempunyai Unit Derma atau menjalankan kutipan derma serta menjanjikan akan menyiarkan senarai penderma sebagai balasan kepada penderma.

"Kandungan surat yang bertarikh 15 Julai 2009 itu adalah satu penipuan kerana IKIM.fm tidak pernah melantik mana-mana agen untuk mengutip derma dan membuka akaun Maybank khusus untuk tabung kutipan derma.

"Ia bukanlah amalan kita dan kalau ada pun rancangan untuk itu kita akan war-warkanya terlebih dahulu dalam hebahan radio Ikim," kata beliau.

Sementara itu menurut Pengarah IKIM.fm, Ir. Ahmad Jais Alias, pihak IKIM tidak pernah mempunyai kakitangan yang bernama Wan Abdul Rahman iaitu individu yang memalsukan kandungan surat tersebut dengan menggunakan nama IKIM.

"Kami telah memeriksa rekod dan mendapati tidak pernah ada pegawai tersebut dalam syarikat kami dan niat beliau jelas iaitu untuk menjatuhkan kredibiliti IKIM.

"Cara surat itu ditulis pun tidak professional... selain menggunakan semua huruf besar, individu itu juga menulis mengenai Jabatan Ugama Islam Malaysia, yang mana semua orang tahu Jabatan ini memang tidak wujud," katanya.

Surat yang ditandatangi oleh 'Pegawai media Radio IKIM' itu menyatakan, Radio IKIM ingin meminta sumbangan derma kepada tabung anak-anak yatim Wilayah Persekutuan yang ditandatangan oleh seorang yang mengaku kononya pegawai media kepada radio IKIM.

Di dalam surat itu juga turut disertakan nombor akaun Maybank yang boleh dibuat untuk menyalurkan sumbangan tersebut.

Pada 24 Julai, Ahmad telah membuat laporan polis di balai polis Sentul bagi menafikan kenyataan dalam surat tersebut.

Pihak IKIM menyerahkan kepada polis untuk membuat tindakan lanjut dan berharap orang ramai berhati-hati dengan perkara tersebut serta membuat laporan polis sekiranya telah ditipu.

"Kita akan membuat hebahan di radio IKIM setiap hari untuk mengelakkan nama baik IKIM daripada tercemar dan mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati," kata Ahmad.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan