Himpunan ISA: Pemuda Umno WP tawar khidmat guaman kepada peniaga

Diterbitkan: Rabu, 5 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno Wilayah Persekutuan menawarkan khidmat bantuan guaman secara percuma kepada penjaja dan peniaga di Jalan Masjid India dan kawasan sekitarnya bagi menuntut ganti rugi daripada penganjur demonstrasi membantah Akta Keslematan Dalam Negeri (ISA) di sini Sabtu lepas.

Ketuanya Rizalman Mokhtar berkata tuntutan boleh dilakukan bagi kerosakan harta benda, kerugian perniagaan dan kehilangan pelanggan pada hari berkenaan.

"Di atas kesedaran untuk membantu para peniaga dan penjaja yang mengalami kerugian daripada perhimpunan yang dicetuskan oleh (GMI) Gerakan Mansuh ISA itu, kami mengambil pendekatan menyediakan peguam mencukupi, membiayai perkhidmatan peguam termasuk menyediakan khidmat nasihat dalam bentuk perundangan.

"Kita ajukan saman kepada penganjur utama iaitu GMI dan saman boleh dikemukakan terhadap parti pembangkang juga jika pihak peguam mendapati terdapat penglibatan mereka dalam demonstrasi itu berdasarkan kehadiran pemimpin utama mereka pada hari berkenaan," katanya kepada pemberita selepas meninjau permasalahan peniaga dan penjaja di Jalan Masjid India, di sini semalam.

Rizalman berkata melalui tuntutan saman itu diharapkan ia dapat memberi pengajaran dan amaran kepada pihak yang tidak bertanggungjawab bagi mencegah kejadian seumpama itu berlaku pada masa akan datang. Katanya peniaga boleh mengemukakan bukti anggaran kerugian penjualan pada hari berkenaan kepada Sekretariat Penjaja dan Peniaga Kecil Umno Wilayah Persekutuan atau menghubungi Penolong Setiausaha Mohd Taufik Hussain di talian 019-3389876.

Presiden Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan, Rosli Sulaiman, berkata tiga persatuan peniaga kecil yang mewakili 1,000 ahli di sekitar Jalan Masjid India akan mengemukakan tuntutan kerugian sebanyak RM3 juta kepada penganjur demonstrasi haram itu).

"Kebanyakan gerai pada hari tersebut mengalami kerugian besar kerana ia berlaku pada hari hujung minggu, mereka tidak dapat menjalankan aktiviti perniagaan dan sekaligus terpaksa menutup premis mereka apabila keadaan menjadi tidak terkawal," katanya.

Seorang peniaga, Mohd Hafifudin Nordin, 65, berkata kebanyakan peniaga terpaksa menutup kedai dan gerai kerana keadaan ketika itu boleh mengancam keselamatan manakala seorang pengurus kedai, Faizal Abdul Rahman, 40, berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya bagi membela nasib mereka yang teraniaya akibat demonstrasi haram itu.

Kira-kira 10,000 penyokong GMI mengadakan demonstrasi jalanan di beberapa lokasi sehingga menyebabkan kesesakan teruk di sekitar bandar manakala beberapa premis perniagaan terpaksa ditutup. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan