Amanah Saham 1Malaysia dijual mulai hari ini

Diterbitkan: Rabu, 5 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TIDAK LEPASKAN PELUANG..Orang ramai sanggup beratur panjang semata-mata untuk membeli Amanah Saham 1Malaysia yang mula dijual mulai hari ini.
TIDAK LEPASKAN PELUANG..Orang ramai sanggup beratur panjang semata-mata untuk membeli Amanah Saham 1Malaysia yang mula dijual mulai hari ini.

KUALA LUMPUR: Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia), dana untuk semua rakyat Malaysia yang diurus oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB), akan dibuka untuk langganan orang ramai mulai hari ini.

Dana ekuiti harga tetap itu dijual pada hrga RM1.00 seunit, dengan saiz dana berjumlah 10 bilion unit.

AS 1Malaysia, penawaran dana terbesar oleh PNB setakat ini dan ia telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 31 Julai yang lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata AS 1 Malaysia dibuka kepada langganan selama 30 hari mulai 5 Ogos hingga 3 Sept, 2009.

Sepanjang tempoh penawaran itu, AS 1Malaysia tidak mengenakan caj jualan, kata Hamad Kama Piah.

Pelaburan awal minimun bagi AS 1Malaysia ialah 100 unit manakala pelaburan tambahan minimum sebanyak satu unit, katanya pada taklimat media di sini hari ini.

Hamad Kama Piah berkata dana itu akan dilaburkan dalam syarikat-syarikat Malaysia dengan petunjuk pasaran mengikut pulangan kerajaan Malaysia 5 tahun yang kini berkisar antara 3.7 dan 4.0 peratus

Beliau berkata beberapa dana PNB menawarkan pulangan setinggi 6.3 peratus.

Sepanjang tempoh penawaran, langganan unit adalah tertakluk kepada peruntukan 50 peratus untuk Bumiputera, 30 peratus Cina, 15 peratus India dan baki lima peratus untuk minoriti lain.

Bagi memastikan penyertaan yang lebih luas daripada orang ramai, beliau berkata had pelaburan maksimum sepanjang tempoh 30 hari penawaran ditetapkan pada 50,000 unit bagi setiap pemegang akaun yang berumur 18 hingga 55 tahun.

Had pelaburan maksimum bagi mereka yang berusia lebih 55 ditetapkan 10,000 setiap pemegang akaun, dan menambah had pelaburan maksimum akan batalkan selepas tempoh itu.

PNB, Maybank, RHB Bank dan Pos Malaysia akan mengagihkan 100 unit percuma AS 1Malaysia kepada hampir 50,000 penuntut ijazah tahun pertama yang mendaftar di institusi pendidikan tinggi awam bagi sesi akademik 2009, kata Hamad Kama Piah.

Setakat ini PNB mengurus saiz dana berjumlah kira-kira RM120 bilion. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan