Polis kaji cadangan benarkan perhimpunan di stadium

Diterbitkan: Selasa, 4 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis akan mengkaji cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membenarkan perhimpunan aman di stadium bagi mengelakkan perhimpunan di jalanan, kata Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, semalam.

Katanya, polis menyambut baik cadangan Perdana Menteri itu namun setiap permohonan untuk membuat perhimpunan perlu dikaji sebelum kelulusan diberikan.

"Saya rasa itu cadangan yang baik bagi menjaga keamanan serta ketenteraman awam dan memastikan kejadian (perhimpunan haram barubaru ini) tidak berulang lagi. Kita akan mempertimbangkan permohonan seumpama itu terlebih dahulu," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini.

Kelmarin, Najib berkata kerajaan bersedia menyediakan tempat yang sesuai kepada mereka yang mahu berhimpun secara aman seperti di stadium untuk mengelak daripada menganggu ketenteraman awam.

Sementara itu Ismail berkata polis akan mengambil tindakan terhadap dalang dan penganjur perhimpunan haram Gerakan Mansuh Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dua hari lepas, sebaik sahaja mempunyai bukti yang mencukupi untuk mendakwa mereka. "Kita kena siasat dahulu. Semuanya bergantung pada laporan siasatan. Sekiranya cukup bukti dan keterangan, kita tidak teragak-agak untuk mendakwa penganjur yang terlibat," katanya.

Sementara itu, Gerakan yang turut menyambut baik cadangan Perdana Menteri itu berkata adalah lebih baik perhimpunan diadakan di tempat tertutup bagi memastikan ia lebih aman dan memudahkan polis mengawal keadaan.

Naib Presidennya Datuk Mah Siew Keong dalam kenyataan berkata mana-mana perhimpunan perlu memberi faedah kepada keduadua pihak iaitu membenarkan peserta menyuarakan rasa tidak puas hati mereka dan di pihak kerajaan untuk memahami isu di depan mereka.

"Rakyat berhak menyuarakan pandangan mereka manakala kerajaan juga perlu mempunyai saluran untuk mendengar pandangan rakyat. Orang ramai, perniagaan dalam aliran trafik juga tidak boleh diganggu dan dijejaskan tanpa sebab," katanya.

Naib Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Tan Sri Panglima Simon Sipaun dalam kenyataannya menegaskan bahawa rakyat berhak menyertai perhimpunan secara aman.

Beliau mencadangkan dalam keadaan apabila polis perlu untuk mengawal dan menyuraikan orang ramai, kaedah sesuai dan tidak ganas patut dilaksanakan.

Presiden Majlis Peguam Malaysia Ragunath Kesavan sementara itu berkata majlis itu menyelar tindakan kerajaan yang menggunakan kuasa secara keterlaluan dalam menyekat hak orang ramai dalam mengadakan perhimpunan dan menyuarakan pandangan mereka dalam perhimpunan membantah ISA itu.

"Kami juga menggesa kerajaan untuk segera melaksanakan desakan bagi dilakukan pembaharuan daripada segi undangundang dan hak asasi manusia, termasuk hak semua individu untuk berhimpun secara aman untuk menyuarakan pendapat mereka," katanya dalam kenyataan. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan