PM lancar Zon Ekonomi Khas, pertama di Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 4 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MESRA... Walaupun berbeza ideologi politik, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkongsi kegembiraan memegang seekor anak kambing biri-biri yang dilahirkan di ladang pembiakan biri-biri di Kampung Runchang yang terletak di bawah projek Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Projek itu dilancarkan oleh Najib hari ini. Di sebalik 'ribut politik' tanah air, kedua-dua pemimpin ini bersemuka buat kali ketiga dalam tempoh seminggu ini termasuk semalam di Putrajaya --fotoBERNAMA
MESRA... Walaupun berbeza ideologi politik, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkongsi kegembiraan memegang seekor anak kambing biri-biri yang dilahirkan di ladang pembiakan biri-biri di Kampung Runchang yang terletak di bawah projek Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Projek itu dilancarkan oleh Najib hari ini. Di sebalik 'ribut politik' tanah air, kedua-dua pemimpin ini bersemuka buat kali ketiga dalam tempoh seminggu ini termasuk semalam di Putrajaya --fotoBERNAMA

PEKAN: Zon Ekonomi Khas Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER SEZ) yang dilancarkan hari ini dijangka mewujudkan lebih 220,000 peluang pekerjaan baru dan menarik RM90 bilion pelaburan langsung domestik dan antarabangsa menjelang 2020.

ECER SEZ ialah zon ekonomi khas pertama di Malaysia.

Empat zon bebas akan diwujudkan di ECER SEZ bagi menggalakkan serta menumpukan rantaian antara kelompok industri yang akan memberikan impak yang signifikan terhadap ekonomi ECER kelompok Pembuatan Bernilai Tinggi, Industri Asas Tani; Gas dan Petrokimia; Pelancongan/ Hartanah; Ilmu/Pendidikan dan ICT serta Logistik.

Walaupun berkeluasan fizikal hanya enam peratus daripada keluasan keseluruhan ECER, zon ini mempunyai impak ekonomi yang amat besar, termasuk keupayaan menyumbang kepada 50 peratus daripada peluang pekerjaan berbanding seluruh ECER serta menyumbang kepada 80 peratus daripada hasil keluaran ekonomi untuk keseluruhan ECER.

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak yang melancarkan zon tersebut memberitahu, Pelabuhan Kuantan juga akan dinaik taraf dan diperluas supaya berupaya mengendalikan lebih 30 juta metrik tan muatan kargo setahun menjelang tahun 2020 berbanding 16.8 juta metrik tan pada masa ini.

Ia bertujuan memastikan pelabuhan itu mampu memainkan peranannya sebagai pelabuhan utama di Pantai Timur dan sebagai pintu masuk perdagangan bagi pasaran Asia Pasifik.

Untuk merangsang pertumbuhan pesat ECER SEZ, Najib berkata, kerajaan akan menyediakan beberapa insentif fiskal dan bukan fiskal yang baharu supaya dapat menarik pelaburan dan membolehkannya terus berdaya saing.

"Kalau ada permohonan untuk insentif tambahan, kita akan pertimbangkan berdasarkan merit sesuatu kes itu," katanya.

Selain itu, Najib berkata, projek Agropolitan ECER yang turut dilancar merupakan sebuah pembangunan bersepadu yang bermatlamat utama membasmi kemiskinan tegar pada akhir 2010, melalui penglibatan golongan miskin dalam sektor-sektor perladangan dan bukan perladangan.

"Saya tertarik dengan Agropolitan ini kerana selain menanam kelapa sawit, mereka juga boleh menternak kambing biri-biri.

"Jika bekerja separuh hari, dalam sebulan boleh dapat RM500, dan jika bekerja sepenuh hari boleh mencapai RM1,000 sebulan.

"Ini boleh membawa mereka keluar daripada garis kemiskinan," katanya.

Perdana Menteri berkata, mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang baik juga akan diberikan kerja sementara yang sudah tua atau uzur, akan diberi skim kebajikan.

Katanya, 50 peserta pertama telah dipilih untuk menjalankan aktiviti projek Agropolitan ini, yang mampu menampung sehingga 1,500 peserta.

Selain itu, Najib turut mengumumkan bahawa Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur telah memulakan pelaksanaan projek Agropolitan iaitu sebuah projek pembangunan bersepadu yang bermatlamat utama membasmikan kemiskinan di kalangan penduduk setempat. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan