Pilihan raya kecil bulan Ramadan tiada masalah bagi Umno

Diterbitkan: Selasa, 4 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang berkemungkinan akan diadakan pada bulan Ramadan tidak akan menjadi penghalang bagi Umno untuk meletakkan calon seterusnya bertanding di kawasan itu.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, apa yang penting adalah rakyat harus menimbang sebaik mungkin wakil yang harus mereka tampilkan untuk mewakili mereka agar kawasan itu dapat dibangunkan dan kebajikan rakyat tidak diabaikan.

"Kita ikut apa yang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapkan. Kita di pihak Umno yakin bahawa dalam keadaan dan suasana macam mana sekalipun kita bersedia untuk meletakkan calon dan berhadapan dengan manamana parti lawan dalam pilihan raya kecil itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Diploma dan Sijil kepada 303 graduan Kolej Risda sempena majlis Konvokesyen Kelapan kolej itu di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas bahawa SPR tidak menolak kemungkinan pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir diadakan pada bulan puasa kerana suruhanjaya itu perlu mengambil kira kehadiran Ramadan sebelum menentukan tarikh penamaan calon dan pilihan raya kecil DUN itu.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang DUN berkenaan, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS di Institut Jantung Negara (IJN) akibat sakit jantung, Jumaat lepas.

Ketika ditanya bahawa bulan puasa kurang sesuai untuk diadakan pilihan raya bagi membolehkan umat Islam menumpukan perhatian untuk beribadat, Mohd Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata menentukan calon juga merupakan satu ibadat.

"Kita harus letakkan calon seperti menjadi seorang imam dan meletakkan imam yang afdal harus ada rukunrukunnya, ini yang menentukan bukan kerana bulan puasa.

"Agama Islam bukanlah menjadi penghalang kepada kelangsungan hidup umat Islam, ia amat fleksibel dan takkan menghalang kita," katanya.

Beliau berkata, bulan Ramadan juga memberi peringatan kepada calon dan partiparti bertanding untuk menggunakan amalan yang baik bagi merayu undi dan bukannya dengan mencaci, memfitnah atau melontarkan isu-isu hasutan kepada rakyat.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai sebahagian individu yang menyertai perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara Sabtu lalu dipercayai telah diupah oleh pihak tertentu, Mohd Shafie berkata ia merupakan langkah yang tidak bertanggungjawab.

"Kalau ia benar, tindakan tegas harus diambil terhadap pihak yang menganjur dan memberi habuan kepada individu terbabit kerana demonstrasi ini boleh menghancurkan ketenteraman dan kelangsungan usaha kita untuk membangunkan negara dan membela kebajikan masyarakat.

"Kalau budaya ini tidak dibendung pada peringkat awal, saya bimbang hari ini kita sogok mereka untuk lakukan demonstrasi, apa akhirnya nanti kalau mereka disogok untuk melakukan sesuatu yang tidak tenteram dan menghancurkan negara ini," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan