Penduduk ditawar rumah teres di Kg. Buah Pala

Diterbitkan: Selasa, 4 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MARAH...  Timbalan Ketua Menteri II, Prof Dr P. Ramasamy (kanan) mendengar sesuatu yang diperkatakan oleh seorang daripada penduduk Kampung Buah Pala berhubung operasi meroboh rumah ketika pertemuan beliau dengan penduduk kampung itu hari ini. P. Ramasamy mengumumkan operasi meroboh rumah yang sepatutnya diadakan hari ini ditangguhkan bagi memberi laluan kepada perbincangan dengan penduduk kampung berkenaan berhubung penyelesaian yang sedang diusahakan. -- fotoBERNAMA
MARAH... Timbalan Ketua Menteri II, Prof Dr P. Ramasamy (kanan) mendengar sesuatu yang diperkatakan oleh seorang daripada penduduk Kampung Buah Pala berhubung operasi meroboh rumah ketika pertemuan beliau dengan penduduk kampung itu hari ini. P. Ramasamy mengumumkan operasi meroboh rumah yang sepatutnya diadakan hari ini ditangguhkan bagi memberi laluan kepada perbincangan dengan penduduk kampung berkenaan berhubung penyelesaian yang sedang diusahakan. -- fotoBERNAMA

PULAU PINANG: Pemaju projek perumahan di Kampung Buah Pala, Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd hari ini bersetuju untuk menawarkan penduduk kampung berkenaan dengan sebuah rumah teres bagi setiap rumah yang dirobohkan di kawasan kampung itu.

Tawaran itu dikemukakan mereka dalam perbincangan antara kerajaan negeri, pemaju dan penduduk kampung berkenaan malam ini.

"Selepas mengadakan perbincangan, pemaju bersetuju memberi sebuah rumah teres dan ini adalah tawaran yang terbaik diberikan pemaju kepada penduduk kampung berkenaan.

"Bagaimanapun, penduduk kampung belum buat sebarang keputusan dan mereka minta tempoh sehingga Jumaat ini untuk memberi jawapan," kata Ketua Menteri Lim Guan Eng kepada pemberita selepas menghadiri perbincangan itu di pejabatnya di Komtar di sini malam tadi.

Lim bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut mengenai tawaran itu dan berharap ia akan diterima penduduk kampung bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

Sementara itu Penolong Setiausaha Pertubuhan Penduduk Kampung Buah Pala, C. Tharmaraj berkata, penduduk belum membuat sebarang keputusan berhubung tawaran berkenaan dan mereka akan mengadakan perbincangan sebelum memberi jawapan kepada pemaju.

Bagaimanapun katanya penduduk tidak gembira dengan tawaran berkenaan kerana mereka hanya diberi gambaran mengenai rumah teres berkenaan secara lisan tanpa plan reka bentuk sebenar.

"Kami hanya dimaklumkan setiap rumah yang terlibat akan dapat sebuah rumah teres dua tingkat dengan keluasan 1,400 kaki persegi di kawasan berkenaan.

"Tetapi plan reka bentuknya dan maklumat lanjut tentang perkara itu tidak dimaklumkan dan rumah berkenaan dijangka siap dalam tempoh dua tahun dari sekarang," katanya dan menambah dalam tempoh itu penduduk terpaksa menyewa sendiri di kawasan lain.

Rumah 23 keluarga di kawasan itu sepatutnya dirobohkan semalam tetapi dilanjutkan sehingga ke hari ini selepas penduduk kawasan itu gagal dalam rayuan mereka menghalang pemilik tanah berkenaan, Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang, daripada membangunkannya.

Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd, pemaju projek perumahan di Kampung Buah Pala, menetapkan Jumaat ini sebagai tarikh baru untuk penduduk kawasan itu berpindah dari kediaman masing-masing. BERNAMA

BERITA TERDAHULU

Kg. Buah Pala: Pemaju setuju berkongsi tanah

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebentar tadi mengumumkan bahawa pemaju perumahan di kawasan Kampung Buah Pala, Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd - yang kini menjadi kontroversi sekarang - telah bersetuju untuk berkongsi tanah seluas 2.6 hektar dengan penduduk kampung tersebut.

Lim berkata, beliau akan membincangkan cadangan itu dengan penduduk kampung pada satu pertemuan yang sedang berlangsung.

Pertemuan itu bermula 8 malam tadi.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media ringkas sebelum bermulanya mesyuarat tersebut.

Terdahulu, laporan Bernama menyebut, Nusmetro Ventures menetapkan Jumaat ini sebagai tarikh baru untuk penduduk di situ berpindah dari kediaman masing-masing. Pengarah eksekutifnya, Thomas Chan berkata, beliau bersetuju dengan permintaan kerajaan negeri untuk melanjutkan tarikh merobohkan rumah di situ sehingga Jumaat ini.

"Mana-mana penduduk yang mahu mendapatkan ganti rugi perlu berunding dengan kerajaan negeri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Chan juga berkata, tiada perintah mahkamah dikeluarkan untuk menghalang pemaju daripada merobohkan perkampungan tersebut.

"Kami pasti bahawa kerajaan negeri tidak memfailkan sebarang injunksi atau sebarang perintah mahkamah untuk menghalang kami daripada merobohkan kampung tersebut" katanya.

Chan juga berkata, dalam isu itu, tidak ada situasi "menang-menang".

"Satu pihak kena menang, satu pihak lagi kena kalah," katanya.

Rumah 23 keluarga di situ sepatutnya dirobohkan semalam tetapi dilanjutkan he hari ini setelah penduduk di situ gagal dalam rayuan mereka menghalang pemilik tanah berkenaan, Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang, daripada membangunkannya.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan