Jamaluddin Duta Besar AS, terima watikah pelantikan

Diterbitkan: Selasa, 4 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin menyampaikan watikah pelantikan kepada bakal Duta Besar ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis, di Istana Negara hari ini.

Bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu akan mengisi jawatan itu yang dikosongkan oleh Datuk Rajmah Hussain yang bersara pada Jun tahun lepas.

Beliau diiringi isterinya Datin Seri Dr. Kalsom Ismail, dan anak mereka.

Jamaluddin telah membina kerjaya mengagumkan sebagai "tokoh tenaga" dengan beliau memegang pelbagai jawatan tinggi sepanjang kerjaya profesionalnya sebelum menyertai Kabinet sebagai Menteri Kewangan Kedua pada 2002.

Sebelum itu, beliau ialah Pengerusi Tenaga Nasional Berhad.

Jamaluddin dijangka berlepas ke Washington akhir bulan ini.

Beliau akan hanya memperoleh status Duta Besar sepenuhnya selepas menyerahkan watikah pelantikannya itu kepada Presiden Barack Obama di White House dalam satu upacara yang dijangka berlangsung pada September. BERNAMA

BERITA TERDAHULU

KUALA LUMPUR: Bekas anggota Kabinet Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat berkuat kuasa hari ini.

Wisma Putra dalam kenyataannya semalam berkata, Ahli Parlimen Rompin itu, 58, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, akan memegang jawatan itu dengan taraf menteri.

Beliau menerima watikah pelantikannya daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini.

Jamaludin, yang memegang ijazah kedoktoran dalam kejuruteraan elektrik pengkhususan sistem kuasa dari McGill University, Kanada, menyertai Kabinet sebagai Menteri Kewangan Kedua pada November 2002.

Dalam rombakan Kabinet secara kecil-kecilan pada Januari 2004, beliau dilantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan kira-kira tiga bulan kemudian sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, jawatan yang dipegangnya sehingga Mac tahun lepas.

"Sebelum menyertai Kabinet, beliau ialah pengerusi Tenaga Nasional Berhad, syarikat utiliti tenaga negara dan syarikat senaraian terbesar di Bursa Saham Kuala Lumpur(BSKL) daripada segi penguasaan pasaran," kata Wisma Putra.

Beliau juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Kirakira Wang Negara (PAC) dan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC).

Jamaludin memulakan kerjayanya sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 1974 dan meninggalkan institusi itu pada 1984 untuk memulakan syarikat perkhidmatan perundingannya sendiri, J & A Associaties, khusus dalam kuasa elektrik dan kejuruteraan mekanikal.

Beliau berkahwin dengan Dr Kalsom Ismail, lulusan doktor pergigian, dan mereka mempunyai empat cahaya mata.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan