Himpunan ISA: Buat aduan kerugian sebelum 14 Ogos

Diterbitkan: Selasa, 4 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Para peniaga di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman yang mengalami kerugian akibat demonstrasi Gerakan Mansuhkan ISA di ibu negara Sabtu lepas diberi tempoh sehingga 14 Ogos ini untuk mengemukakan aduan kepada Biro Pengaduan Awam (BPA). Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah berkata, aduan itu diperlukan untuk BPA membuat kajian mengenai jumlah kerugian sebenar yang dialami peniaga.

"Saya minta mereka buat aduan kepada BPA, bukan bertujuan untuk kami bayar mereka.

"Kita nak buat satu kajian berapa banyak kerugian dialami oleh orang awam akibat perarakan tidak bertanggungjawab ini," katanya kepada pemberita selepas menerima aduan daripada orang awam untuk BPA di sini hari ini.

Semalam, Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tuanku Abdul Rahman yang mendakwa kerugian kira-kira RM500,000 berhasrat untuk menuntut ganti rugi daripada GMI yang menganjurkan perhimpunan itu.

Murugiah berkata, BPA akan mencari jalan untuk membantu peniaga mengemukakan saman kepada penganjur demonstrasi itu.

Beliau berkata, sehingga kini BPA hanya menerima lima aduan daripada peniaga dan berharap lebih banyak pihak akan tampil membuat aduan.

Terdahulu Murugiah menerima aduan daripada bekas kakitangan Syarikat Len Omnibus Sdn Bhd kerana kegagalan syarikat yang sudah ditutup itu membayar caruman wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan memberi pampasan kepada mereka. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan