H1N1: Tiada kematian, 14 kes baru dikesan

Diterbitkan: Selasa, 4 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Walaupun tiada kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam sejak 8 pagi semalam akibat penyakit Influenza A (H1N1), sebanyak 14 kes baru dikesan dalam tempoh tersebut, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Daripada 14 kes yang dilaporkan itu, 13 merupakan kejadian daripada tiga kluster baru dan satu kes sporadik atau terpencil.

"Jumlah kes terkumpul kes Influenza A (H1N1) di Malaysia setakat 8 pagi hari ini ialah 1,460 kes dengan jumlah kematian lapan orang. Daripada 1,460 kes itu, 574 atau 39.4 peratus adalah kes import dan 886 kes jangkitan tempatan," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kebangsaan Antara Kementerian Mengenai Pandemik H1N1 di sini hari ini.

Katanya daripada jumlah itu, 1,410 kes telah sembuh dan hanya 27 kes sahaja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital dengan 10 daripada kes itu berada di unit rawatan rapi manakala 23 orang sedang menerima rawatan antiviral di rumah.

Beliau juga berkata daripada 10 kes yang berada di unit rawatan rapi, tiga mempunyai faktor risiko yang tinggi iaitu obesiti (1), wanita lepas bersalin (1) dan imuniti rendah (1).

Bagi 14 kes yang dikesan dalam masa 24 jam yang lalu, satu kes dirawat di unit rawatan rapi dan 13 orang menerima rawatan pesakit luar, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan