Toyota Prius muncul pertama kali di Malaysia - Berita Semasa | mStar

Toyota Prius muncul pertama kali di Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 3 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Toyota Prius, kereta hibrid maju paling popular di dunia, muncul buat julung-julung kalinya di sini hari ini, sekali gus menandakan satu era baru bagi industri kereta Malaysia.

Presiden UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Kuah Kock Heng, berkata Prius telah membuktikan bahawa teknologi hibrid berdaya maju, tahan dan satu daripada cara terbaik untuk memelihara alam sekitar dan pada masa yang sama memaksimumkan sumber alam.

"Hasilnya, teknologi hibrid kini merupakan pilihan arus perdana, dan diterima pakai oleh pembuat kereta," katanya pada satu prebiu bagi pihak media di sini hari ini.

Prius generasi ketiga serba baru yang pada mulanya dilancarkan di AS dan baru-baru ini di Jepun dan Australia itu mendapat sambutan hangat.

Di Jepun, meskipun keadaan ekonomi tidak memberangsangkan, ia merupakan kereta paling laris dengan lebih 31,000 unit terjual dan lebih 180,000 unit ditempah.

Prius berharga RM175,000 di Semenanjung Malaysia, termasuk insurans bagi pendaftaran persendirian. BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan