Tindakan tegas bagi yang libatkan kanak-kanak dalam demonstrasi

Diterbitkan: Isnin, 3 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap ibu bapa, penjaga dan pihak penganjur yang melibatkan remaja dan kanak-kanak dalam perhimpunan haram Gerakan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semalam.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata perbuatan itu adalah satu kesalahan yang serius yang jika disabitkan dengan kesalahan di bawah Akta Kanak-kanak 2001 boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau keduaduanya sekali.

Katanya beliau dimaklumkan bahawa kebanyakan remaja dan kanak-kanak yang dibawa ke perhimpunan itu tidak tahu mengapa mereka dibawa ke sana dan mereka dibawa ikut 'tangkap muat' sahaja. Bercakap kepada kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kepong di sini hari ini Shahrizat berkata beliau tidak menolak kemungkinan remaja dan kanakkanak itu dibawa bagi tujuan meraih simpati pihak berkuasa dan digunakan sebagai 'perisai' atau 'benteng'.

"Sekiranya siasatan menunjukkan bahawa remaja dan kanak-kanak itu diletakkan di tempat berbahaya dan didedahkan kepada keadaan yang mungkin menyebabkan mereka mengalami kecederaan fizikal, maka pihak yang bertanggungjawab ke atas kumpulan itu boleh dikenakan tindakan undang-undang, termasuk pihak penganjur yang membenarkan keadaan itu berlaku," katanya.

Sharizat yang juga Ketua Wanita Umno berkata beliau tidak setuju dengan politik jalanan yang diamalkan pembangkang yang disifatkan beliau sebagai demonstrasi ala "hippies" tahun 1970an.

Katanya demonstrasi sedemikian sudah tidak sesuai lagi pada masa kerajaan mahu mendengar pandangan rakyat.

"Perdana Menteri dah kata kerajaan akan ambil tindakan untuk membaiki ISA. Ini (perhimpunan haram) sebenarnya hanya satu taktik pihak pembangkang untuk mengaburi mata rakyat dan mengalihkan perhatian rakyat daripada konflik dalaman yang dihadapi mereka," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan