Rasuah: ADUN Terengganu, 2 rakan ditahan reman 5 hari

Diterbitkan: Isnin, 3 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, berhubung dakwaan meminta wang habuan daripada sebuah syarikat, hari ini ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Turut dikenakan perintah tahanan reman sehingga 7 Ogos itu ialah dua rakan ADUN terbabit yang dipercayai terlibat dalam meminta wang sogokan itu.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen di sini Rofiah Mohamad.

Ketiga-tiga mereka kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemanan untuk siasatan lanjut.

Semalam, ADUN tersebut bersama-sama dua rakannya itu ditahan SPRM kira-kira pukul 9.20 pagi di sebuah hotel di Kijal dekat sini, kerana dipercayai meminta habuan antara 10 hingga 13 peratus daripada nilai satu projek landskap bernilai RM2 juta daripada syarikat berkenaan.

Ketika ditahan, terdapat wang tunai RM5,000 pada Adun itu. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan