Permatang Pasir: Speaker kemuka notis kekosongan

Diterbitkan: Isnin, 3 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Abdul Halim Hussain berkata beliau telah mengemukakan notis mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Permatang Pasir kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Beliau berkata, notis itu dihantar kepada Pejabat SPR negeri kirakira 2.25 petang ini memaklumkan mengenai kekosongan kerusi DUN itu.

"Kami telah maklumkan SPR dan kini terpulang kepada mereka untuk menentukan tarikh penamaan dan pengundian bagi pilihan raya kecil DUN itu," katanya kepada pemberita di sini.

Kerusi itu kosong berikutan kematian penyandang Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada PAS, akibat serangan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur, Jumaat lepas.

SPR akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir selewatlewatnya 10 Ogos ini. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan