Najib mahukan komitmen sektor awam jayakan KPI

Diterbitkan: Isnin, 3 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri mahu setiap anggota sektor awam memperlihatkan komitmen dan berkomited untuk menjayakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan enam Bidang Hasil Utama Nasional (NKRA) yang diperkenalkan baru-baru ini.

Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, kedua-dua KPI dan NKRA diperkenalkan untuk memenuhi hasrat dan harapan rakyat selain melihat transformasi memajukan negara.

"Saya minta kita semua memberi tumpuan supaya tindakan kita sejak (KPI dan NKRA) diisytiharkan baru-baru ini dilaksanakan dengan penuh komitmen dan kesungguhan.

"Mudah-mudahan kita dapat capai dua tujuan utama iaitu kita memenuhi hasrat dan jangkaan rakyat dan kita dapat melihat transformasi besar kepada negara yang kita cintai.

"Sekarang ini, kita dah masuk dalam action mode dan bukan lagi tentang matlamat atau sasaran tetapi kaedah tindakan iaitu apa yang patut dilakukan," kata beliau semasa berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini pagi ini.

Isnin lalu, Najib mengumumkan KPI dan enam teras NKRA, termasuk membabitkan bidang usaha bagi mengurangkan kadar jenayah dan memerangi rasuah.

Bidang-bidang lain termasuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah, memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman dan menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.

Najib berkata, KPI akan menjadi piawai kepada kaedah pentadbiran kerajaan dan merupakan radas imbangan yang amat berkesan untuk mencapai tujuan tersebut.

PENILAIAN

Oleh itu katanya, ia akan dapat dicapai melalui kepimpinan berasaskan pencapaian.

Najib menambah, pencapaian adalah penilaian yang paling bermakna, bukan dari segi slogan, retorik, pidato yang sangat bermutu tetapi semuanya mengenai pencapaian.

"Pada akhirnya, semuanya adalah mengenai pencapaian.

"Kalau kita boleh menentukan pencapaian kita adalah pencapaian yang amat bermakna dan berkesan, saya yakin apa yang kita hasratkan yakni transformasi besar negara ini sama ada kita sebut nak jadi sebuah negara maju, jadikan Malaysia sebuah negara ekonomi berteraskan inovasi dan maklumat atau model berpendapatan tinggi, kita tidak dapat lari daripada pencapaian," katanya.

Najib berkata, pencapaian yang dihasratkan kerajaan begitu berkait rapat dengan kebertanggungjawaban semua anggota pentadbiran kerajaan dan penjawat awam.

"Ini bereti kita sanggup meletakkan kepentingan kita... malah kita sanggup dikritik, malah mungkin dihukum kalau kita gagal mencapai sasaran-sasaran utama yang kita tetapkan.

"Namun sebagai kerajaan yang merasakan amat penting untuk kita menegakkan prinsip kebertanggungjawaban ini kepada rakyat, maka kita memberanikan diri kita meletakkan bidang keberhasilan utama dan sasaran-sasaran utama yang perlu dicapai dalam waktu-waktu tertentu," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan