ISA: Polis nafi Magaran serah Istana memorandum

Diterbitkan: Isnin, 3 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) sama sekali tidak menyerahkan memorandum mempertahankan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kepada Istana Negara sebagaimana didakwa oleh kumpulan pro-ISA kelmarin, kata polis semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid menjelaskan penasihat undang-undang Magaran, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz telah ditahan polis kira-kira 7 petang kelmarin ketika mendekati kawasan Istana Negara.

Sehubungan itu tegas beliau, tahap kawalan keselamatan di kawasan Istana Negara juga tidak pernah dicerobohi.

"Memorandum kumpulan pro-ISA tidak pernah diserahkan (kepada Istana Negara), wakil Istana Negara juga tidak hadir untuk menerima memorandum," katanya.

Jelas Wan Abdul Bari, apabila Khairul cuba untuk melepasi sekatan jalan yang dikenakan, beliau telah dibawa ke pusat subtaktikal berhampiran dan maklumat peribadinya diambil.

Katanya lagi, Khairul telah dilepaskan kemudian kerana beliau tidak memperlihatkan sebarang ciri-ciri mengancam keselamatan.

Kelmarin kumpulan pro-ISA berkata pihaknya bangga kerana berjaya menyerahkan memorandum kepada Istana Negara melalui pintu masuk belakang.

Kumpulan anti-ISA walaupun dikatakan berjaya mengumpulkan 20,000 peserta dalam perhimpunan di ibu negara, juga kelmarin tetapi gagal menyerahkan memorandum kepada Istana Negara.

Perhimpunan dianjurkan kumpulan pro dan anti-ISA tidak mendapat permit polis dan ia berakhir dengan tindakan pencegahan termasuk dilepaskan gas pemedih mata dan air kimia.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan