ISA: Pemimpin Pakatan belum terima notis polis

Diterbitkan: Isnin, 3 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemimpin Pakatan Rakyat yang dikenal pasti menghasut demonstrasi anti-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kelmarin sedia memberi kerjasama kepada pihak polis jika diminta berbuat demikian.

Timbalan Pengarah Sekretariat Himpunan Mansuh ISA, Kamaruzaman Mohamad berkata, pihaknya sentiasa bersedia memberi sebarang kerjasama kepada pihak polis namun masih menunggu notis untuk hadir.

"Mengikut Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah, pihak polis perlu mengeluarkan notis terlebih dahulu jika mereka mahu memanggil kita hadir beri keterangan.

"Namun sehingga pagi tadi, belum ada mana-mana pemimpin Pakatan yang menerima notis berkenaan... kalau dah terima notis, kita pasti akan beri kerjasama sepenuhnya kepada mereka," katanya kepada mStar Online.

Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Mohd. Sabtu Osman berkata, 11 orang termasuk pemimpin Pakatan Rakyat akan dipanggil untuk memberikan kenyataan kepada polis.

Mereka termasuklah Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua; Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali dan Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh.

Sebahagian pemimpin berkenaan berucap di beberapa lokasi ketika perhimpunan anti-ISA.

Kamaruzaman yang juga Setiausaha Agung Pemuda PAS Pusat menegaskan perhimpunan yang diadakan pada Sabtu merupakan himpunan aman.

"Seperti apa yang kita tegaskan sebelum ini, perhimpunan kita adalah perhimpunan aman.

"Kita tak berniat untuk cetuskan keadaan huru-hara, jadi jika polis ingin minta keterangan kita... tidak ada masalah," katanya.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan