Himpunan ISA: Peniaga mungkin boleh tuntut ganti rugi

Diterbitkan: Isnin, 3 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Peniaga yang kerugian akibat perhimpunan haram anjuran gerakan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Sabtu lepas boleh cuba menuntut ganti rugi daripada pihak yang bertanggungjawab, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T.Murugiah.

Beliau berkata mereka hendaklah terlebih dahulu membuat aduan kepada Biro Pengaduan Awam di Bangunan Kemas Jalan Sentul di sini.

Murugiah berkata pihaknya akan mencari jalan supaya kerugian yang ditanggung peniaga terbabit dapat dituntut daripada organisasi yang menganjurkan demonstrasi itu.

"Kita akan mengambil tindakan terhadap pihak penganjur yang tidak bertanggungjawab, yang telah mengabaikan kesejahteraan dan pendapatan rakyat," katanya kepada Bernama.

Terdahulu, T. Murugiah bertemu penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibah di Puchong Petaling dekat sini bagi mendengar keluhan mereka berhubung masalah perkhidmatan bas Rapid KL dan kadar jenayah seperti kes ragut dan rompak.

Turut hadir pada perjumpaan itu ialah Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Kampung Muhibah, Abdul Ghaffar Abdullah dan Pengurus Besar (Komukasi) Rapid KL Ebi Azly Abdullah.

Sementara itu, Ebi Azly berkata pihaknya akan menambah bilangan bas daripada satu kepada tiga bas pada waktu pagi dan menambah kekerapan daripada satu bas sejam kepada setiap 30 minit.

Abdul Ghaffar pula berkata penempatan itu mempunyai kira-kira 7,000 penduduk dan jumlahnya dijangka bertambah apabila lebih ramai akan berpindah ke blok-blok yang baru siap dibina.

Sementara itu, Majlis Gabungan Badan Bukan Kerajaan Pembela Negara (Magaran) menubuhkan jawatankuasa untuk mengenalpati jumlah sebenar kerugian peniaga dalam kejadian itu.

"Peniaga-peniaga yang rugi akibat perhimpunan berkenaan boleh memberi maklumbalas dengan menghantar emel ke alamat demonstrasi@gmail.com. "Langkah itu dibuat agar Magaran dapat mewakili kumpulan peniaga ini untuk menuntut gantirugi daripada pihak GMI (Gerakan Mansuh ISA) sendiri," kata penasihat undangundang Magaran Mohd Khairul Azam Abdul Aziz.

Beliau berkata Magaran juga membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) supaya menyiasat penglibatan pemimpin Pakatan Rakyat yang menjadi dalang perhimpunan haram itu.

"Perhimpunan itu ternyata telah mengeksploitasi atau mempergunakan wanita dan kanak-kanak untuk meraih simpati masyarakat agar turut sama menyokong tindakan mereka (Pakatan Rakyat)," katanya di pekarangan pejabat Suhakam di sini. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan