A(H1N1): Ibu meninggal dunia, bayi 2 minggu sihat

Diterbitkan: Isnin, 3 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang ibu yang baru bersalin dua minggu lepas di Sarawak menjadi korban ketujuh influenza A (H1N1). Mangsa terbaru berusia 23 tahun itu yang meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Miri pukul 4.00 pagi ini selepas mengidap pneumonia yang teruk, merupakan kes kematian pertama di negeri itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata pesakit itu telah bersalin di hospital yang sama pada 21 Julai lepas.

"Selepas bersalin, beliau didapati mengidap pneumonia yang teruk dan disahkan menghidap jangkitan influenza A (H1N1) pada 23 Julai lepas.

"Simptom utama beliau adalah demam dan batuk yang telah bermula empat hari sebelum bersalin. Bayi pesakit didapati selamat dan disahkan bebas daripada jangkitan influenza A (HINI)," kata beliau.

Sejumlah 17 kes baru turut dilaporkan hari ini, kesemuanya kes tempatan dan melibatkan warga Malaysia, menjadikan kes terkumpul sehingga 8 pagi ini sebanyak 1,446 kes dengan 97 peratus telah sembuh.

Hanya 29 kes yang menerima rawatan antiviral di hospital manakala sembilan lagi menerima rawatan di rumah.

Dr Mohd Ismail berkata Kementerian Kesihatan masih menerima banyak pertanyaan mengenai langkahlangkah pencegahan.

Beliau menasihati ibu bapa jangan membawa anak-anak kecil ke tempattempat yang sesak. Orang ramai juga diminta menjaga kebersihan diri seperti kerap mencuci tangan, menutup mulut ketika bersin atau batuk dan mengelak tempat yang sesak.

"Kementerian Kesihtan yakin dengan kerjasama dan penglibatan semua pihak, penularan influenza A (H1N1) di Malaysia dapat dibendung dengan sebaik mungkin untuk kesejahteraan semua," kata Dr Mohd Ismail.

Beliau berkata situasi semasa global ialah sejumlah 183,854 kes dengan 1,307 kematian dilaporkan, dari 167 negara.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr George Chan berkata setakat ini terdapat 110 kes jangkitan tempatan dilaporkan di Sarawak selain 25 kes import.

Katanya setakat ini lima buah sekolah di Sarawak masih ditutup selain empat institusi pengajian tinggi awam. Di JOHOR BAHARU, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Masyarakat dan Kesihatan Johor Dr Robia Kosai berkata Sekolah Kebangsaan Taman Kenanga, Tampoi, tidak ditutup walaupun seorang muridnya meninggal dunia akibat Influenza A (H1N1), semalam. Robia berkata Jabatan Kesihatan menjalankan pemeriksaan di sekolah berkenaan pagi tadi dan membuat saringan ke atas murid serta guru bagi mencegah penularan. "Jabatan Kesihatan hanya memberi nasihat, namun pihak sekolah akan membuat keputusan yang sewajarnya sama ada untuk tutup atau tidak. Keputusan yang dibuat turut melihat kepada persekitaran sekolah dan situasi penularan virus tersebut," katanya ketika dihubungi. Semalam, Mohamad Fakri Syah Rosli, 11, murid darjah enam sekolah berkenaan meninggal dunia kirakira pukul 8 pagi, selepas tiga hari mendapat rawatan di Hospital Sultanah Aminah. Terdahulu, tinjauan pemberita ke sekolah berkenaan pagi tadi mendapati sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa dengan ada sebahagian murid memakai topeng penutup hidung dan mulut. Wartawan dan dan jurugambar bagaimanapun tidak dibenarkan memasuki perkarangan sekolah. Pengarah Pelajaran Johor Sufaat Tumin turut dilihat melawat sekolah berkenaan kira-kira pukul 7.30 pagi sebelum menyampaikan nasihat dan panduan mencegah penyakit berkenaan kepada murid pada sesi perhimpunan. BERNAMA

Di JOHOR BAHARU, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Masyarakat dan Kesihatan Johor Dr Robia Kosai berkata Sekolah Kebangsaan Taman Kenanga, Tampoi, tidak ditutup walaupun seorang muridnya meninggal dunia akibat Influenza A (H1N1), semalam.

Robia berkata Jabatan Kesihatan menjalankan pemeriksaan di sekolah berkenaan pagi tadi dan membuat saringan ke atas murid serta guru bagi mencegah penularan.

"Jabatan Kesihatan hanya memberi nasihat, namun pihak sekolah akan membuat keputusan yang sewajarnya sama ada untuk tutup atau tidak. Keputusan yang dibuat turut melihat kepada persekitaran sekolah dan situasi penularan virus tersebut," katanya ketika dihubungi.

Semalam, Mohamad Fakri Syah Rosli, 11, murid darjah enam sekolah berkenaan meninggal dunia kirakira pukul 8 pagi, selepas tiga hari mendapat rawatan di Hospital Sultanah Aminah.

Terdahulu, tinjauan pemberita ke sekolah berkenaan pagi tadi mendapati sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa dengan ada sebahagian murid memakai topeng penutup hidung dan mulut. Wartawan dan dan jurugambar bagaimanapun tidak dibenarkan memasuki perkarangan sekolah.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan