Penjawat awam terlibat demonstrasi boleh dikenakan tindakan

Diterbitkan: Ahad, 2 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Ketua jabatan boleh mengambil tindakan disiplin terhadap penjawat awam yang mengambil bahagian dalam perarakan dan perhimpunan membantah pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kuala Lumpur, semalam.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman berkata tindakan tegas boleh diambil mengikut peraturan yang ada, sama ada Perintah Am atau akujanji yang ditetapkan sebelum ini.

Beliau berkata mengikut Perintah Am dan akujanji, seseorang penjawat awam adalah dilarang melakukan perbuatan bertentangan dengan undang-undang dan perlu mematuhi perintah-perintah tetap kerajaan.

"Untuk itu perintah-perintah tetap yang dikeluarkan oleh kerajaan adalah jelas dan perlu dipatuhi oleh setiap warga pekerja dan sekiranya berlaku pengabaian tugas boleh dikenakan tindakan tatatertib," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas kemungkinan ada penjawat awam terlibat dalam demonstrasi perlu dikenakan tindakan.

Kirakira 10,000 orang menyertai perarakan Gerakan Mansuh ISA (GMI) di beberapa lokasi di ibu negara semalam. Polis menahan 589 orang termasuk 44 remaja di bawah umur 18 tahun yang mempunyai kaitan dengan perhimpunan dan perarakan itu. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan