Pemimpin Umno bidas pembangkang perlat rakyat adakan demonstrasi

Diterbitkan: Ahad, 2 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin Umno hari ini membidas pembangkang kerana memperalatkan rakyat untuk mengadakan demonstrasi jalanan bagi menuntut memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), di ibu negara semalam.

Sehubungan itu, mereka mengingatkan rakyat terutama orang Melayu agar tidak merelakan diri diperalat kerana demonstrasi jalanan boleh menjejaskan ekonomi dan industri pelancongan negara.

Malah mereka juga berpendapat bahawa taktik yang jelas digerakkan pembangkang itu bertujuan meraih kembali sokongan rakyat kepada mereka yang kini semakin merosot.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata taktik pembangkang itu bukan baru dan semua pihak harus sedar demonstrasi memberi kesan secara langsung kepada kemasukan pelaburan langsung asing (FDI).

Demonstrasi yang disiarkan CNN dan AlJazeera menyebabkan masyarakat asing menganggap Malaysia mempunyai risiko politik yang tinggi dan mengakibatkan pelancong takut ke negara ini, katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Pulai, di JOHOR BAHARU, hari ini.

Beliau berkata perbuatan itu adalah sia-sia kerana kerajaan telah berjanji untuk mengkaji akta berkenaan.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Noh Omar yang sependapat dengan Menteri Kewangan kedua itu pula berkata apabila sesuatu demonstrasi diadakan orang Melayulah majoritinya.

Noh berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Kota Raja di SHAH ALAM, Selangor.

Sementara itu di TAPAH, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata demonstrasi itu diadakan kerana pembangkang menyedari sokongan rakyat terhadap mereka semakin berkurangan.

"Ini taktik dan strategi bagi elak (bertambah) sokongan rakyat kepada Perdana Menteri. Mereka pun buat kajian dan mendapati pandangan umum sekarang rakyat semakin yakin dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Tapah.

Zambry yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Perak berkata demonstrasi itu adalah usaha pembangkang yang semakin takut kehilangan sokongan terutama terhadap tokohnya yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan