Lebih 1,000 orang termasuk NGO berkumpul di Kg. Buah Pala esok

Diterbitkan: Ahad, 2 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LARI... Dua peserta cuba menyelamatkan diri daripada ditanduk seekor lembu pada acara Jallik Kathu (tangkap lembu) sempena perayaan Wanrisan Kebudayaan India di Kampung Buah Pala yang juga dikenali sebagai High Chapparal di Bukit Gelugor hari ini. Jallik Kathu merupakan satu daripada acara tradisional di India. -- fotoBERNAMA
LARI... Dua peserta cuba menyelamatkan diri daripada ditanduk seekor lembu pada acara Jallik Kathu (tangkap lembu) sempena perayaan Wanrisan Kebudayaan India di Kampung Buah Pala yang juga dikenali sebagai High Chapparal di Bukit Gelugor hari ini. Jallik Kathu merupakan satu daripada acara tradisional di India. -- fotoBERNAMA

PULAU PINANG: Lebih 1,000 orang dari pelbagai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari seluruh negara dijangka berkumpul di Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor esok bagi bersama-sama mempertahankan kampung berkenaan daripada dirobohkan pemaju. Pengerusi pertubuhan kampung berkenaan M. Sugumaran berkata, separuh daripada jumlah itu sudah berada di negeri ini sejak semalam bagi memberi sokongan kepada penduduk kampung itu.

"Mereka termasuk NGO dan Hindraf hubungi saya melalui telefon dan surat beritahu yang mereka akan bersama-sama penduduk kampung untuk mempertahankan kampung kami.

"Separuh daripadanya telah berada di Pulau Pinang dan bersedia pada bila-bila masa untuk memberi sebarang bantuan kepada kami di sini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mahkamah mengeluarkan notis kepada penduduk supaya mengosongkan tanah itu sebelum esok bagi membolehkan pemaju memulakan kerja-kerja pembangunan di kawasan berkenaan.

Sugumaran berkata, kesemua 23 keluarga di kampung berkenaan juga telah bersedia dengan sebarang kemungkinan untuk mempertahankan rumah yang didiami selama puluhan tahun.

Katanya, semalam semasa pertemuan penduduk kampung dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah mencapai kata sepakat yang penduduk akan terus tinggal di kawasan itu sehingga perbincangan dengan pemaju selesai.

Beliau berkata dalam pertemuan itu, Lim berjanji untuk berbincang dengan pemaju bagi mencari jalan penyelesaian antaranya dengan membenarkan penduduk berkongsi kawasan berkenaan dengan pemaju.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob menasihatkan orang ramai dan penduduk kampung berkenaan agar tidak menimbulkan kekacauan di kawasan itu.

"Polis sentiasa memantau kawasan itu dan kita minta tiada pihak yang cuba menimbulkan kekacauan atau menggugat ketenteraman awam demi kepentingan semua pihak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya pihak polis juga sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan esok. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan