ISA: Tindakan ke atas pemimpin Pakatan terserah polis

Diterbitkan: Ahad, 2 Ogos 2009 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan menyerahkan kepada polis sama ada mahu mengambil tindakan terhadap pemimpin pembangkang - dipercayai 11 orang - yang terlibat dalam perhimpunan haram mendesak dihapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak berkata, polis mempunyai tanggungjawab untuk menjaga keamanan serta ketenteraman awam, dan tidak mahu kejadian semalam berlaku secara berterusan.

"Terpulang kepada pihak berkuasa (untuk mengambil tindakan). Demonstrasi jalanan adalah sesuatu yang tidak patut diteruskan dan pihak berkuasa boleh mengambil tindakan," kata beliau dipetik Bernama selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Pagoh dekat Muar hari ini.

Polis menahan 589 orang selepas mereka terlibat dalam perhimpunan haram itu yang dihadiri oleh kirakira 10,000 termasuk beberapa pemimpin parti pembangkang.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan